BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 14, 2012

PARASIT merintih

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada seluruh pengembara akses alam maya yang sentiasa mencari informasi terkini dan melempiaskan keinginan nurani hati untuk meneroka cabang dunia yang tiada batas sempadan, Alhamdulillah syukur kehadrat ILAHI kita telah berada di penghujung bulan Syaaban dan bakal melalui fasa bulan yang penuh dengan barakah dan keberkatan yang di dalamnya terdapat malam yang sungguh istimewa iaitu malam Al-Qadar di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Malam yang dijanjikan oleh Allah s.a.w itu lebih baik ganjarannya dan menyamai 1000 bulan iaitu 83 tahun 4 bulan. ALLAH AKBAR sungguh besar dan tidak tergambar akan kekuasaan ALLAH, yang mentadbir seluruh paksi semester sejak kesekian kalinya. Tiada makhluk atau pun kuasa yang mampu menandingi kemuliaan dan kebesaran yang ALLAH miliki. Hanya DIA yang berkuasa dan hanya DIA yang layak disembah, tiada tuhan selain-Nya. Kelebihan malam Al-Qadar saya telah kongsikan bingkisan ilmu tersebut pada 'post' saya yang terdahulu, dan apa yang kita semua harapkan pada tahun ini adalah kita dapat menjadi individu dan insan yang sentiasa memperbaiki amal ibadah meninggalkan serta meminimumkan perkara-perkara mungkar yang ditegah oleh ALLAH s.a.w dan ISLAM. Mungkin ini adalah tahun terakhir kita berada di dunia ini dan tidak akan ada kesempatan lain untuk kita beramal dan mendekatkan diri kepada ALLAH, inilah masa yang kita ada untuk dimanfaatkan sebaik mungkin dalam mengharungi baki perjalanan hidup dan pengembaraan di peringkat berikutnya. Hidup kita ini diumpamakan seperti seorang pengembara dipadang pasir ke suatu destinasi, dalam pengembaraan tersebut, kita berhenti sebentar dan berehat untuk mencari dan menyediakan bekalan untuk perjalanan berikutnya. Itu adalah hakikat kejadian hidup kita, apabila kita meninggalkan dunia ini, kita akan bergerak ke alam kubur, barzakh, dan terdapat beberapa lagi peringkat yang perlu kita harungi. Yang nyata tidak akan ada seorang pun yang pernah hidup dunia ini akan terlepas dari melaluinya. Di bulan Syaaban ini segala amal dan kebaikan yang kita lakukan akan diangkat terus oleh malaikat atas arahan ALLAH s.a.w, itulah antara kelebihan yang ada pada bulan ini. Dengan kehadiran Ramadhan ini, marilah kita bersama memperbanyakkan bacaan Al-Quran,berzikrullah, meningkatkan amalan sunat dan beribadat di malam hari, agar kita mampu untuk menjadi insan yang lebih menginsafi segalam kesilapan yang pernah dilakukan dan sentiasa mencintai ALLAH dan Muhammad kekasihnya serta mengharapkan keredhaan ALLAH s.a.w dalam setiap perkara yang kita lakukan dunia ini.


Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, dan mati itu adalah pasti. Nyawa yang ada di tubuh kita ini pasti akan menemui tarikh luputnya. Hanya masa akan menentukan bila kita akan pulang menghadap ILAHI. Detik dan saat silih berganti atas arahan ILAHI, seribu tahun mampu kita angankan namun belum tentu nafas hidup kita ini mampu berkekalan sehingga melepasi garisan penamat. Sesaat kita rasakan terlalu cepat berlalu meninggalkan kita, tetapi kita tidak sedar bahawa, mungkin itu adalah garis pemisah antara HIDUP dan KEMATIAN. Hari ini kita melihat ramai anak muda, bahkan ada juga mereka yang sudah putih rambutnya, berkedut kulitnya, berpesta ditempat hiburan ke pagi botol bergelimpangan. Rutin mereka seperti mereka tahu bila ajal akan datang menjemput mereka dan aturan sosial hidup yang mereka lakukan seperti mereka mampu mentafsir mereka masih mampu melihat sinar pagi pada keesokan harinya. Apabila kita tidur, itu adalah kematian sementara yang kita lalui, dan jika kita tidak bangun dari tidur, itu bermakna kita sudah pun kehilangan nyawa dan akan terus menunggu sehingga hari dibangkitkan. Keseronokan yang kita perolehi ini hanyalah sementara, yang kekal sehingga di hadapan ALLAH nanti, hanyalah IMAN dan TAQWA. Tiang agama dibiarkan runtuh dari hening pagi hingga ke malam sepi, kewajipan yang lima sehari semalam dipandang enteng dan tidak dipedulikan. Adakah ini yang kita mahu banggakan pada bangsa dan agama lain, serta menyatakan diri kita adalah muslim bermaruah? Terdapat di luar sana, mereka berkobar mengatakan bahawa mereka adalah ISLAM sejati dan mampu untuk membantu MUSLIM yang ditindas. Realitinya jika solat SUBUH itu safnya masih belum mampu untuk menyamai solat JUMAAT, kita adalah MUSLIM yang menindas AGAMA sendiri. Sedih melihat perkara seperti ini, sedangkan kita adalah masyarakat yang bernaung di akhir zaman. Palestin dan Afganistan pun akan merasa malu untuk meminta bantuan daripada kita, jika inilah yang dipraktikkan oleh anak keturunan ADAM. Saya juga adalah manusia yang sentiasa diburu kesilapan dan kelalaian, tetapi saya tetap cuba memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam dan sentiasa berdoa agar hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini. INSYAALLAH..amin. 


Rintihan dan pergolakan hidup manusia akan sentiasa berperang dengan ledakan emosi di dalam setiap penjuru situasi dan lapangan kehidupan. Di kota yang ditunjangi laluan trafik huruf, perkataan dan ilmu pengetahuan ini, dimana setiap pelusuk dunia nyata akan menggunakan kepantasan jari jemari menyelongkar setiap isi lintasan jaringan teknologi, adalah tempat untuk diriku melepaskan segala cetusan hati dan menghidangkan garapan karya yang mungkin hanya aku yang mengerti. Mungkin apa yang saya kongsikan pada kali ini bertentangan dengan pendapat mereka di luar sana. Jika ada tersalah bicara kata saya harap diampunkan dan mohon ditegur untuk kebaikan bersama. Saya hanya manusia yang sentiasa menilai kekurangan diri. Jika saya tertidur tolong bangkitkan, jika saya terlupa tolong ingatkan. Yang baik itu datangnya daripada ALLAH s.a.w dan segala kekurangan wujudnya dari kekhilafan diri saya sendiri. Kita tidak mampu untk meramal masa depan, tetapi kita mampu untuk berusaha dan membina masa depan yang lebih cerah. INSYAALLAH. Assalamualaikum carte blance :)





0 comments: