BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 29, 2012

tiada KEDUA

Kita mungkin pernah merasakan betapa tidak beertinya hidup ini. Kita seperti manusia yang tiada gunanya dan fungsi lagi untuk terus menetap di dunia ini. Hari-hari yang berlalu dan silih berganti masa kita lalui dirasakan seperti tiada erti. Beban hidup terasa berat menjerat. Bagi yang tidak punya iman, mengakhiri hidup yang indah ini seringkali menjadi pilihan. Perlu kita semua sedar dan hayati makna hidup ini dengan sedalamnya. Hidup ini hanya akan ada untuk sekali sahaja, bukan dua dan juga tiada yang ketiga kalinya. Betapa bahagianya hidup ini apabila kita menjalaninya dengan penuh semangat dan harapan yang menggunung puncaknya. Betapa indahnya hidup ini apabila hari-hari yang kita lalui penuh dengan senyuman kebahagiaan dan sikap positif sesama insan dan memandang masa hadapan tanpa ada sengketa perbalahan sesama insan sehingga menerbitkan perbagai umpatan serta keburukan yang dicanang oleh insan. Masalah dan cubaan adalah bunga kehidupan kepada orang-orang beriman. Kembalilah kepada ALLAH apabila kita menghadapinya agar kita tenang mengharungi setiap laluan dugaan yang datang menimpa. Mahasiswa, mahasiswi dan masyarakat awam di luar sana adalah merupakan harapan bangsa dan AGAMA (ISLAM), tetapkanlah tekad kalian dalam menuntut ILMU. Maksimumkan nikmat keintelektualan yang dikurniakan ILAHI untuk kebahagiaan manusia, bukannya untuk merancang keruntuhan umat. Manfaatkan potensi diri yang ada kerana hidup ini hanya sekali sahaja wahai tuan-tuan sekalian. Jangan lupa bersolat dan teruskan berdoa sahabatku :)


assalamualaikum
~phared shakur~

0 comments: