BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 17, 2012

rahsia sulit

Assalamualaikum dan sejahtera malam kepada semua yang melayari sistem perisian internet pada detik ini. Tidak kira di mana pun anda berada, sama ada siang atau malam, gunakan setiap ilmu yang anda miliki untuk hikmah bersama. Apa yang berbeza disini adalah bahasa pertuturan yang digunakan dalam interaksi seharian. Saya yakin dan pasti ramai masyarakat diluar sana yang berbeza warna kulit dan agama sedang hangat dibuai rasa indah bernama CINTA bersama pasangan mereka. Percintaan ini adalah sesuatu yang kompleks untuk diterjemahkan melalui perkataan, sukar digambarkan kerana hanya yang mengalaminya sahaja yang akan mengetahui rasa nikmat alam percintaan. Sebenarnya apabila kita bercinta, kita menyerahkan perasaan kita kepada sesuatu perkara yang tidak pasti. Baiklah bukan topik cinta yang ingin dibangkitkan pada malam ini tetapi setiap yang bercinta pasti inginkan percintaan mereka gagal dikesan oleh rakan dan ahli keluarga mereka yang lain. Istilah yang tepat untuk diutarakan adalah 'PRIVACY'. Untuk pengetahuan bersama, satu aplikasi telefon pintar yang direka bagi memenuhi cita rasa pasangan kekasih di Asia yang terkenal dengan sifat pemalu telah mencatatkan  sejuta muat turun sejak ia dilancarkan pada November (2011) tahun lalu. Pasangan yang tidak mahuhubungan mereka diketahui orang lain seperti yang berlaku di Facebook atau laman sosial yang lain berlumba-lumba mendapatkan aplikasi BETWEEN. Perisian tersebut direka khusus untuk hubungan antara pasangan kekasih. Mungkin ada yang akan tertekan jika rakan atau ahli keluarga mengikuti perkembangan anda di Twitter atau ibu bapa yang menjadi sebahagian dari kenalan kita di Facebook. BETWEEN adalah jawapan kepada semua tekanan tersebut. Aplikasi tersebut boleh digunakan untuk iPhone dan telefon pintar lain yang dilengkapi perisian Android. BETWEEN menjanjikan nilai rahsia yang tinggi untuk pasangan yang mahu bertukar-tukar gambar, mesej, dan pesanan suara. Untuk pengetahuan semua 4.6 juta mesej dan 350000 gambar dihantar dengan menggunakan aplikasi tersebut pada setiap hari. Facebook dan Twitter mungkin melakukan tugas dengan baik dalam menghubungkan orang ramai, tetapi mungkin ada sebahagian orang yang ingin akan keperibadian hubungan mereka tidak diterjemahkan untuk tatapan orang luar dan ingin hanya mereka sahaja yang menikmati rahsia kebahagiaan mereka itu. Dunia semakin pesat membangun dan maju, tetapi kita jangan terlalu kerap mengelamun, bimbang kita akan terus hanyut dan ketinggalan mengejar impian dan kejayaan sebagai manusia. Kepada mereka yang telah menggunakan sistem BETWEEN ini, berhati-hati dalam setiap kegunaan anda bersama pasangan dan jangan sampai mendapat malu dan aib. chill!! :)


~phared shakur~

0 comments: