BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 29, 2011

Israk Mikraj: 27 Rejab, Agungnya Kebesaran ALLAH

Pada malam 27 Rejab tahun 621 Masihi, setahun sebelum Hijrah, Rasulullah telah melalui peristiwa Israk dan Mikraj yang merupakan suatu peristiwa yang menakjubkan dan luar biasa. Peristiwa tersebut telah menunjukkan tentang keagungan dan kebesaran kekuasaan ALLAH s.w.t yang hebat dan tiada tanding taranya.
ALLAHUAKBAR!! ALLAH Maha Besar, Dia telah membawa Nabi Muhammad s.a.w pada waktu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil AQsa di Baitulmaqdis. Dari sana Baginda diangkat ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha dan Mustawa, iaitu suatu tempat yang paling tinggi dan tidak pernah didatangi oleh sesiapa pun kecuali Nabi Muhammad s.a.w.
Menurut para ulama', sebelum berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj tersebut, Nabi Muhammad terlebih dahulu menjalani pembedahan dada dan perut yang telah dilakukan oelh Malaikat Jibril dan Malaikat Mikhail a.s. Hati Baginda s.a.w dicuci bersih dengan air zam-zam, dibuang alaqah (ketul hitam), iaitu tempat syaitan yang direjam membisikkan was-was. Kemudian dada Baginda s.a.w telah dituang dengan hikmah, ilmu, dan iman serta akhirnya dijahit dan dimeterikan dengan 'khatimin nubuwwah'. Setelah selesai menjalani pembedahan Nabi Muhammad s.a.w telah menunggang Bura' iaitu haiwan dari syurga untuk memulakan perjalanan luar biasa Baginda yang dinamakan Israk itu.
Peristiwa luar biasa dan menakjubkan akal fikiran itu hanya berlaku dalam masa satu malam sahaja. Baginda bertolak dari Makkah selepas waktu Isyak dan Baginda pulang semula ke Makkah sebelum menjelang Subuh. Kelihatan masyarakat pada hari ini sangat teruja dengan petunjukkan Ahli Silap Mata atau Magic, tetapi Magis yang dipersembahkan oleh ALLAH di pentas dunia teramat agung dan harum sehingga ke akhir waktu zaman ini.
Dalam melayari malam kebesaran ALLAH itu Nabi Muhammad telah diperlihatkan dengan gambaran penghuni syurga yang mendapat balasan nikmat yang tidak terperi indah dan bahagianya. Baginda s.a.w juga telah diperlihatkan dengan orang-orang yang di azab dengan seksaan yang sangat pedih di neraka. Dua suasana yang berbeza yang ditunjukkan kepada Rasulullah s.a.w itu akan menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua iaitu umatnya yang berdiri di akhir zaman, agar mematuhi titah perintah ALLAH untuk mendapatkan balasan nikmat syurga dan menjauhi azab neraka. Kerana itu wajib kita untuk melaksanakan AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR supaya kebaikan dijunjung dan keburukan dipinggirkan. Jangan sesekali kita melakukan maksiat serta penderhakaan, kerana akibatnya bakal dibalas dengan seksaan yang dasyat dan ngeri di dalam neraka. MASYALLAH!! Kembalilah ke pangkal jalan dan bertaubat kepada sesiapa yang pernah terbabas dan terpesong dalam batasan lingkaran kehidupan. Peringatan ini juga ditujukan kepada diri saya, seorang muslim kepada semua saudaranya di luar sana.
Ketika Mikraj, iaitu Rasulullah naik ke Hadratul Qudus menemui ALLAH. Semasa di langit ketujuh Baginda s.a.w bertemu dengan Nabi Ibrahim yang sedang bersandar di Al-Baitul Makmur (kiblat para malaikat di langit, dan betul-betul di atas Baitullah di Makkah) dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah, Nabi Ibrahim bersabda "Engkau akan berjumpa dengan ALLAH pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu 'La Haula Wala Quwaata Illa Billah' "
Pada peristiwa itu juga dapat melihat pohon Sidratul Muntaha dan melihat Malaikat Jibril dalam bentuk asalnya semasa di langit yang mempunyai 600 sayap, serta melihat semua kebesaran kekuasaan ALLAH.
Rasulullah juga telah sampai di Hadhratul Qudus dan Hadhratul Rabbul Arbab dan bersujud ke hadrat ALLAH taala dan terjadilah beberapa dialog dengan ALLAH s.w.t. ALLAH telah memfardukan solat lima waktu sehari semalam, yang pada mulanya difardukan sebanyak 50 kali. ALLAH adalah guru yang mengajar Nabi Muhammad bersolat dan cara mengerjakannya sehari semalam.
Pengajaran yang penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah bahawa ALLAH itu Maha Berkuasa. Dia berkuasa melakukan peristiwa yang manusia tidak mampu untuk melakukannya. Jika diperhatikan dengan penuh rasa kesyukuran, sebenarnya bukan sekadar mentakdirkan berlakunya Israk dan Mikraj, malahan ALLAH juga berkuasa mencipta seluruh alam ini daripada tiada kepada ada. ALLAH yang mencipta bumi dan segala isinya, matahari, bulan, bintang gemerlapan yang bertaburan di ruang angkasa, dan semua planet lain yang berputar atas paksinya sendiri tanpa berlanggar antara satu sama lain. Dengan kudrat dan iradat-Nya, ALLAH mentadbir dan mengurus alam ini dengan sendirinya tanpa bantuan daripada sesiapa pun. ALLAH itu Maha Sempurna
Kita sebagai insan yang kerdil dan amat daif di hadapan ALLAH s.w.t wajib untuk beriman serta beribadah kepada-Nya dan tidak selain daripada-Nya. Kepada ALLAH juga kita bergantung dan memohon limpah rahmat dan barakat-Nya. Jangan kita menpersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain kerana dosa syirik itu amatlah besar dan tidak terampun kesannya.
Secara tuntasnya, apabila kita beriman dengan keagungan dan kebesaran ALLAH, serta beriman dengan kekuasaan-Nya, maka kita pasti akan beriman dan percaya bahawa peristiwa luar biasa yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Israk dan Mikraj adalah benar. Kedua-dua peristiwa itu mengandungi hikmah dan pengajaran kepada Nabi Muhammad s.a.w serta untuk para Mukmin dan Mukminat sepanjang zaman.

Lihatlah kebesaran ALLAH disekeliling kita yang penuh dengan keajaiban dan tidak terjangkau benak kita untuk menidakkan keagungan-Nya. Saya hanya perantau ilmu yang berkongsi pengetahuan di alam maya untuk mengajak kita mencari kebahagiaan di alam sana. INSYALLAH.

Saturday, June 25, 2011

khaZanAh RejaB

Assalamualaikum..

Hari ini terasa perasaan gembira membelenggu diri ini sehingga sukar untuk melelapkan mata dari malam sebelumnya. Jadi masa senggang yang ada ini dimanfaatkan dengan memahirkan diri menggunakan tablet iPad yang telah di aqiqah ke rumah ini oleh seseorang yang baru sahaja dinaikkan pangkat. Canggung rasanya bila menggunakan gadget skrin sesentuh ini. Tapi inilah dikatakan permulaan untuk satu perjalanan yang baru. Tapi ini hanyalah sedikit mukadimah yang diselitkan bukan perkara yang ingin diselongkar sedalamnya.
Perkara yang ingin saya bentangkan pada kali ini adalah berkaitan tentang bulan Islam iaitu bulan Rejab. Dalam sedar angan dan lupa, pada hari dan tarikh hari ini kita telah sampai ke angka 24 Rejab yang berada dalam lingkungan kemuncak bulan Rejab. Mungkin kita tidak sedar dan ada juga yang kurang mengetahui bahawa bulan Rejab mengandungi khazanah berharga serta kaya dengan motivasi untuk mengukuhkan akhlak dan peribadi seseorang muslim.
Bulan ini telah diiktiraf oleh ALLAH sebagai salah satu antara empat bulan suci yang harus dihormati, serta dilarang daripada melakukan peperangan dan perkara-perkara yang buruk. Sebaliknya kita dan umat Islam sekaliannya digalakkan agar memperbanyakkan takafur dan merenung serta memerhatikan tanda kebesaran dan keagungan ALLAH s.wt., sama ada yang terdapat dalam sejarah yang lalu mahupun pada makhluk-makhluk ciptaan-Nya, yang mencakupi ciptaan ALLAH di langit dan di bumi, pertukaran malam dan siang, dan sebagainya.
Berbalik kepada 4 bulan suci yang harus dihormati tadi adalah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Rasulullah s.a.w ada bersabda yang maksudnya; Rejab itu bulan ALLAH, Syaaban itu bulanku(Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku.
Untuk pengetahuan semua Rasulullah s.a.w menyifatkan Rejab sebagai bulan Allah kerana Allah telah memilih bulan ini sebagai bulan berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj terhadap diri Baginda s.a.w. Allah telah menunjukkan tanda kekuasaan-Nya pada malam itu, sehingga Rasulullah diberi peluang menghadap kehadrat-Nya untuk disyariatkan solat fardu 5 waktu yang menjadi pegangan siang dan malam seluruh umat Islam.
Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad telah dijalankan oleh ALLAH pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) dengan menaiki Bura' iaitu tunggangan dari syurga ALLAH. Dalam perjalanan antara dua kota suci itu, Nabi Muhammad s.a.w telah singgah di beberapa tempat bersejarah iaitu Taiyibah(Madinah), Madyan yang menjadi tempat pelarian Nabi Musa a.s ketika dikejar oleh firaun, Tursina iaitu tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu ALLAH Baitul Laham tempat kelahiran Nabi Isa a.s dan kemudian barulah bergerak ke Baitulmaqdis.
Dalam peristiwa itu Baginda telah diperlihatkan gambaran orang-orang yang mendapat nikmat syurga dan mereka yang diseksa di neraka . Ini semua sebagai iktibar agar umatnya sentiasa mentaati perintah ALLAH dan menjauhi segalan larangan-Nya. Terdapat 17 gambaran yang telah diceritakan menerusi hadith.
Dari Masjidil Aqsa, Baginda di bawa mengembara ke angkasa lepas, dan telah diceritakan betapa Rasulullah telah melihat ALLAH pada malam Mikraj di langit tertinggi dengan rukyah basariahnya (mata kepala).Baginda juga melihat Sidratul Muntaha dan syurga Jannatul Ma'wa yang menjadi tempat kediaman dan taman perkebunan bagi para Malaikat, bagi roh orang-orang yang mati syahid, dan bagi orang-orang yang bertaqwa.
Telah diperlihatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w beberapa perkara ajaib semasa di Sidratul Muntaha yang ditutupi oleh suatu selubung daripada makhluk-makhluk yang menunjukkan kebesaran ALLAH. Semuanya kelihatan sangat indah dan berseri-seri.
Nabi Muhammad s.a.w berada dalam keadaan tawaduk dan penuh syukur ketika melihat dan menyaksikan segala tanda kebesaran ALLAH serta keagungan ALLAH pada malam berlakunya peristiwa Mikraj itu.
ALLAHUAKBAR!! sungguh besar kekuasaan ALLAH dan terasa amat kerdil diri ini di sisi-Nya. Hati ini sentiasa meronta ingin mencium haruman syurga-Nya. Hanya AMAL MAAKRUF NAHI MUNKAR dijunjung dalam mengejar cita-cita untuk bersama kekasih ALLAH dan maharaja sekalian alam. Kita adalah manusia yang sentiasa diburu kesilapan diri yang tersembunyi, kembali ke pangkal jalan dan muhasabah semua kekurangan diri. Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba yang mendapat rahmatnya di akhirat kelak.
~amin~

~Qolbu Quran FI Qolbi~

Hati AL-QURAN berada dalam hati kita. Konotasi yang dilemparkan itu adalah surah YaSin yan terdiri di atas 83 ayat dan merupakan surah ke 36 dalam AL-QURAN. Medium maya ini saya jadikan sebagai platform untuk saya menyindir dan menegur diri saya sendiri dalam melayari sebuah perjalanan kehidupan yang tidak terjangka oleh kita tentang destinasi akhirnya. Pada hari kita dipaparkan di depan kaca mata kita tentang kelangsungan hidup masyarakat dan generasi muda yang leka dengan realiti kehidupan mereka dan leka menghidupkan fantasi mereka sehingga terlupa tentang tujuan utama mereka memasuki lebuh raya dunia ini. Saya juga adalah insan biasa yang sentiasa diburu kesilapan dalam hidup dan bangga mencari kekurangan yang menjelma untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam sketsa kehidupan. Pada bingkisan kali ini saya merencanakan tentang keistimewaan surah YaSin. Saya bukanlah manusia yang hebat dalam menjalinkan kata-kata yang indah tetapi ilmu yang saya peroleh sewaktu bersekolah agama,perbincangan dengan para ustaz dan para tabligh serta berkat dorongan tunjuk ajar dari ayah dan atuk dalam mendalami ilmu Islam telah banyak membantu saya sebagai khalifah di pentas ciptaan Allah ini. Saya beranggapan menjadi tanggungjawab saya untuk menyebarkan dan berkongsi dengan semua pihak tentang apa yang saya tahu walau pun hanya sedikit. Saya bukan mahu berlagak dan menjadi manusia hipokrit tetapi ini cuma satu perkongsian rohani untuk kita bersama mencongak kekhilafan diri dan mencari ketenangan yang tersembunyi.
Surah YaSin ini tergolong dalam kategori surah makkiyah dan input di dalamnya meliputi aqidah umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w, perjuangan Rasulullah dalam menyampaikan risalah kenabian, keagungan
ALLAH dan ragam manusia itu sendiri.
Surah ini dimulai dengan sumpah ALLAH yang menegaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan ALLAH untuk memperingatkan semua manusia yang belum diperingatkan pada masa sebelumnya. Banyak ulama menganjurkan supaya kita terus menerus membaca surah YaSin, terutama pada malam Jumaat. Nabi Muhammad saw bersabda mengenai surah YaSin;
ALLAH mencatatkan pahala begi pembacanya sebanding dengan membaca AL-QURAN sepuluh kali.
Barang siapa membaca surah YaSin pada malam Jumaat, maka ALLAH SWT memberikan keimanan yang kukuh.
Sesiapa yang membaca surah YaSin pada suatu malam kerana mengharapkan redha ALLAH, maka ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosanya yang lampau dan keesokan harinya.
Sesiapa yang membaca surah YaSin, maka ALLAH menolak segala keburukan dan memenuhi segala kebutuhannya.
Barang siapa yang membaca surah YaSin di depan orang yang sedang menghadapi sakratulmaut, maka ALLAH SWT meringankan dan memudahkan rohnya keluar.
Barang siapa yang menziarah ke tanah perkuburan dan membaca surah YaSin maka ALLAH akan meringankan seksa seluruh ahli kubur pada waku itu. Seterusnya mereka yang membaca surah YaSin akan memperoleh pahala yang sama dengan jumlah pahala ahli kubur yang ada.

Hanya sampai di sini yang dapat saya coretkan untuk tatapan sekalian manusia. Ini sahaja yang dapat saya kongsikan dalam usia yang dikejar maut saban saat. Harapnya apa yang terkandung dapat membantu kita semua dalam mencorakkan nilai muslim dalam diri ini dengan lebih sempurna. Di mana salah dan silap yang tanpa di sedari saya lakukan dii dalam ruangan harap mampu dibetulkan oleh tuan mulia yang dirahmati ALLAH SWT sekalian. Saya hanya perantau ilmu yang sentiasa mencari kesilapan diri ini.

~AL-FATIHAH~
Kepada semua saudara muslim kita yang telah di tindas
..amin..

sTep furtHer

Do more than exist.. live
Do more than touch.. feel
Do more than look.. observe
Do more than read.. absorb
Do more than hear.. listen
Do more than listen.. understand
Do more than think.. reflect
Do more than just talk.. say something

yes i DO..

Wednesday, June 22, 2011

One IT TodaY

Do the right thing,
Do it today,
Do it with no hope,
of return or promise of reward,
Do it with a smile and cheerful attitude,
Do it day after day after day,
Do it, and someday,
There will come a day,
That will be a payday,
For all the yesterdays,
You spent focused on the current day,
That will not only give value to today,
But will make each future day,
Outshine each yesterday,
And what more could you ask
of a day..?

Monday, June 20, 2011

PELUKIS KATA

Mereka masih tercari-cari erti kehidupan di dalam kegelapan hati,
Antara baik dan buruk masih menjadi persoalan yang menari rancak dalam benak mereka,
Namun keentengan mereka terhadap keharmonian hidup menidakkan segalanya,
Umpama sebuah sampan yhang tiada pendayungnya begitulah hakikat kehidupan mereka,
Sejahterakah hidup ini jika penindasan masih bersinar-sinar dalam kepekatan malam?
Itu semua omong kosong yang tiada noktah jika mereka menafikannya,
Aku hanya mampu mengukir angan-angan yang tiada hujungnya jika dunia masih melihat darah yang tidak berdosa gugur ke bumi.

Di waktu fajar mengenyit di balik bukit yang kehijauan warna kesuburannya,
Aku tertanya dapatkah cahaya itu menyinari hidup kita semua,
Namun itu semua hanyalah mimpi yang datang menyapa di siang hari.

Keinsafan sahaja yang dapat mengungkaikan segala pertanyaan,
Entah bila semua ini akan berakhir dan melabuhkan tirainya,
Sampai bila kita sanggup melihat penderitaan yang semakin menggila seumpama ini,
Esok tetap menjanjikan secangkir impian untuk dijadikan selendang harapan hari ini,
Jangan mudah melafazkan kata-kata indah kepada si pelangi yang pudar warnanya,
Andai ibu pertiwimu hampir lemas di dalam lautan lumpur bumi gersang ini,
Hatiku menangis dengan seribu kepahitan, tiada pengubat yang bisa merawatnya,
Tanpa semangat yang jitu, keberanian akan terkubur di dalam hati sanubarimu,
Engkau bagaikan pahlawan gagah di alam maya yang lantang bersuara,tetapi tunduk pabila diketuk,
Ratapilah pemergian perwira yang berjuang menegakkan kebenaran tersembunyi di dunia nyata,
Anak-anak kecil mengeluarkan tangisan pilu seperti mengetahui hidup mereka di ambang kematian,
Akan aku kirimkan tadahan doa buat dijadikan tali penyimpul ikatan azam,
Nota terakhir seakan memberitahu bahawa permulaan cerita kezaliman manusia baru sahaja merangkak mula.

~Al-Fatihah~
kepada semua umat Islam yang ditindas
Allah menjanjikan syurga dan sentiasa bersamamu