BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 31, 2012

pOsitif & negaTif

Jangan Hidup Dengan Masa Lalu
Mungkin anda rasa terbuai dan terawang-awang di angkasa sewaktu mengintai kembali perkara dan kenangan yang menyenangkan pada masa lalu, tetapi jangan anda terus terpesona di dalam lamunan itu. Fokuskan dengan apa yang terjadi pada saat ini kerana pasti kita mempunyai perasaan yang jauh lebih bahagia jika kita menghargai apa yang terjadi sekarang daripada mengingati masa lalu.


Jangan Menyimpan Dendam
Dendam adalah hal yang kronik dan menyakitkan jiwa yang subur dan akan menjadi beban yang berat di samping menanam benih penyakit hati yang amat dasyat jika tidak dirawat. Mahukah kita semua menanggungnya dan merasai kesengsaraannya sepanjang hayat ini? Tentu sekali anda semua tidak mahu berada di dalam situasi seperti itu. Jadi mulakan langkah baru dalam hidup kelompok bermasyarakat dan sesama khalifah, jangan sia-siakan energi kita dengan memelihara dendam yang sudah pasti tidak akan memberi apa-apa pulangan dan kebaikan untuk diri kita di akhirat kelak. Gunakan kemampuan akal kita untuk hal-hal dan perkara yang positif serta bermanfaat.


Bersyukurlah Selalu
Bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang kita perolehi merupakan perkara yang dituntut di dalam Islam. Oleh itu mari kita bersama menikmati setiap perkara yang positif dan negatif dalam bentuk kesyukuran dan terima kasih. Percayalah di sebalik hal negatif ada sesuatu yang boleh untuk kita perlajari sebagai bekalan di masa hadapan. InsyaAllah.


~phared shakur~

0 comments: