BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 24, 2012

warkah daripada SYAITAN

Hai manusia yang tersayang,


Sewaktu engkau mahu tidur, aku lihat engkau tidak memuji ALLAH, tidak berselawat, tidak membaca ayat Kursi. Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah waktu untuk tidur bukan untuk membaca dan mengingat apa-apa. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa tidurmu.

Pagi ini aku melihat engkau tidak mengerjakan solat Subuh. Bagus sekali! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang BUDIMAN. Jangan engkau susah-payah bangun dan memendekkan masa tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Janganlah engkau pedulikan azan Subuh yang mengejutkan engkau dari lena tidurmu. Bila Subuh menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti Putera Puteri kayangan.

Aku juga melihat engkau suka memakai pakaian yang mendedahkan auratmu. Bagus sahabatku, seharusnya engkau perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Pasti mata-mata juga akan terpesona melihat kecantikanmu. Sesungguhnya kecantikan yang dikurniakan kepadamu hendaklah ditonjolkan kepada tontonan ramai.

Aku juga melihat engkau jarang membaca Bismillah sewaktu menjamah makanan. Ini bagus kerana engkau tidak melambat-lambatkan rezeki daripada memasuki mulutmu. Aku juga melihat engkau makan dengan lahapnya. Makanlah sepuas-puasnya sayangku. Inikan rezeki dari Tuhanmu.

Sahabat, aku juga melihat engkau bergembira menghabiskan duit dengan membeli-belah, menonton wayang, dan membeli kemewahan dunia. Syabas sahabat akhiratKU. Engkau telah membelanjakan rezeki yang kamu perolehi dengan jalan yang betul daripada memberi sedekah kepada fakir miskin. Duit engkau hanya untuk engkau dan bukan kepunyaan orang lain. Tidak perlulah bersusah-payah untuk manusia lain yang memerlukan.

Aku melihat apabila engkau bertemu sahabat handaimu, engkau tidak mengucapakn ASSALAMUALAIKUM tetapi engkau mengucapkan "HYE, HELLO,WHAT's UP". Ini juga bagus kerana engkau tidak kelihatan kekampungan dan ketinggalan zaman. Engkau telah mengikut "trend" semasa.

Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Di akhirat nanti, engkau dan aku akan dapat bersama-sama berjalan beriringan tangan menuju ke neraka JAHANAM. Betapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sayangku.

Sahabat akrabmu...

SYAITAN

0 comments: