BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 26, 2013

nukilan berdaulat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh penduduk siber yang berkeupayaan menjelajah ke medan madah saya ini. Pada kali ini saya akan berkongsikan sebuah puisi yang dicipta khas untuk pahlawan millenia negara yang berjuang di Lahad Datu, Sabah daripada terus dirobek penceroboh Kesultanan Sulu yang papa kedaulatannya. Puisi itu telah dideklamasikan sewaktu sambutan tahun ke-206 Polis di Pulapol. Ingin saya tegaskan di sini, bahawa puisi ini bukanlah ciptaan saya tetapi ia telah diterbitkan oleh sebuah akhbar tabloid tempatan. Saya hanya bertindak tanpa segan silu dengan berkongsi cetusan hati ini di dalam media baru saya. Sewaktu puisi ini diperdengarkan kepada khalayak umum, warga Polis dan masyarakat yang hadir berjujuran airmata jatuh membasahi pipi mengenangkan perjuangan kesatria negara yang telah terkorban. Ini adalah nukilan berdaulat yang saya mampu kongsikan.

Wahai isteriku, maafkan abang
Seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan
Jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acap kali ayah tiada di saat
anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.

Wahai mak dan abah,
Ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki,
Sesungguhnya mak dan abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna kepada negara.

Wahai ibu dan ayah mertuaku,
Maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah
menjadi balu sebelum usia.

Oh Malaysiaku! 
Maafkan aku andai aku jujur di medan perang,
Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya..

Sekian untuk kali ini. Terimalah Kasih :)

0 comments: