BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 14, 2013

Dunia Lelaki

Hai semua!! Jiwa saya masih lagi berantakan untuk menerjah ruangan media ini. Jemari saya tetap ligat menaip setiap perkataan dan struktur ayat yang dijana oleh minda saya yang usang ini. Pada kali ini bukan luahan hati yang ingin dicoretkan tetapi perkongsian ilmu perdana yang terdapat di dunia ini. Mungkin ada di antara kita yang sudah mengetahuinya, tetapi tidak kurang juga yang masih belum mengetahui. Generasi pada hari ini adalah kelompok manusia yang mempunyai kuku maklumat yang celik dalam lapangan carian enjin ilmu, dan minda mereka juga sentiasa bekerja untuk meneroka setiap cabang pengetahuan yang mereka inginkan. Jika lelaki dikurniakn 9 akal, wanita pula diberikan 9 nafsu. Tetapi bagaimana pula dengan kategori lelaki dan wanita yang wujud di dunia ini? Personaliti, perwatakan dan minat kaum Adam ini adalah berbeza setiap seorang, tetapi yang jelas pada pandangan kita adalah, sifat wanita sentiasa bertentangan dengan kaum lelaki yang sentiasa diangkat sebagai pemimpin. Pada kali ini, mari kita teroka dan fahami serba sedikit tentang kategori insan yang bernama lelaki @ anak jantan. 

1. HETEROSEKSUAL
Heteroseksual merupakan jenis lelaki yang mendominasi peratusan lelaki seantero dunia. Lelaki dalam      kategori ini mempunyai minat yang normal iaitu pada jantina yang berbeza iaitu wanita. Dari segi penampilan, lelaki heteroseksual digambarkan sebagai tidak cerewet, hanya memakai pakaian mengikut rutin serta hanya segelintir lelaki daripada kategori ini yang mementingkan penjagaan diri dari atas ke bawah. Lelaki heteroseksual juga mengamalkan rutin hidup dengan cara yang betul dengan tidak melakukan hubungan seks songsang.

2. METROSEKSUAL

Lelaki Metroseksual merupakan lelaki yang mementingkan penjagaan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Golongan lelaki jenis ini juga menggemari penggayaan fesyen pakaian dan kesihatan diri. Kumpulan lelaki jenis ini gemar menonjolkan diri melalui pemakaian dan penjagaan tubuh badan. Mereka juga bersifat terbuka jika berbicara mengenai penjagaan diri, fesyen dan penampilan, malahan ada yang sanggup melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk memastikan diri agar tampak kacak dan bergaya serta tidak segan silu untuk mendapatkan perkhidmatan di spa. Istilah metroseksual juga turut dikaitkan dengan istilah homoseksual yang mempunyai persamaan dari segi penampilan serta sikap ingin menonjolkan diri. Pada masa kini juga, peratusan lelaki metroseksual semakin bertambah kerana mereka sudah mementingkan penjagaan diri serta fesyen. Tetapi tidak semua lelaki metroseksual bersifat homoseksual. 

3. UBERSEKSUAL
Uberseksual adalah kategori lelaki yang mempunyai fikiran terbuka serta berpandangan jauh. Dari segi fizikal , lelaki uberseksual mempunyai persamaan dengan lelaki heteroseksual. Lelaki uberseksual lebih mementingkan nilai tujuan serta prinsip dalam melakukan sesuatu. Golongan ini akan meluangkan lebih banyak masa untuk memikirkan sesuatu yang berfaedah seperti mengembangkan bisnes dan memantapkan kerjaya berbanding perkara remeh. Lelaki uberseksual juga melayan dan menghormati wanita secara sama rata tetapi menganggap lelaki dan wanita sebagai kawan baiknya. Dari segi fizikal, uberseksual mempunyai naluri dan sifat maskulin yang tinggi. Uberseksual bersifat lebih sensual tidak terlalu obses pada diri sendiri malah ghairah pada perniagaan, politik serta hal ehwal dunia.

4. BISEKSUAL
Lelaki dalam kategori biseksual merupakan golongan lelaki yang tertarik kepada kaum wanita dan juga lelaki. Golongan lelaki yang ditegah oleh agama ini biasanya dikaitkan dengan kecelaruan seksologi kerana cenderung kepada kedua-dua jantina. Kecenderungan seksual bagi lelaki biseksual adalah berada di antara heteroseksual dan homoseksual. Ini bermaksud seseorang itu mungkin heteroseksual tetapi mempunyai sedikit perasaan homoseksual atau sebaliknya. Dari segi fizikal, lelaki biseksual boleh ditemui dalam keadaan lelaki atau berperwatakan sedikit lembut. Lelaki biseksual juga mempunyai persamaan dengan metroseksual kerana mementingkan penampilan diri serta penjagaan kulit.

5. HOMOSEKSUAL
Mereka adalah kelompok yang melakukan dosa besar kerana mempunyai naluri terhadap kaum sejenis sehingga melakukan seks songsang. Namun hakikatnya golongan lelaki homoseksual atau golongan pencinta kaum sejenis ini semakin ramai dalam masyarakat kita pada hari ini. Berbeza dengan kumpulan heteroseksual , lelaki homoseksual mudah tertarik kepada kaum Adam dan merasakan diri mereka seolah-olah dibayangi dengan naluri perempuan yang memerlukan lelaki sebagai teman hidup. Fizikal golongan homoseksual terdiri daripada perwatakan lembut dan juga perwatakan seperti lelaki heteroseksual. Tidak semua lelaki berperwatakan lembut bersifat homoseksual, kerana selera seks mereka ada yang terarah kepada wanita. 

Jadi ini adalah kumpulan jenis-jenis lelaki yang perlu kita ketahui berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan individu pendidik. Kenali diri anda (lelaki) dan juga teman lelaki anda. Jangan tersalah pilih seperti golongan 4 dan 5 itu. Gambar di atas itu sekadar hiasan sahaja. Gambar syok sendiri :)
Sekian terimalah kasih wahai sahabat.

~phared shakur~

0 comments: