BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 2, 2012

pOrtfOliO: EMAS digger

Pepatah mengatakan bahawa MASA itu adalah EMAS. Kesimpulan yang dapat kita rangkumkan di sini adalah masa itu sangat penting dan emas itu sangat berharga.Wahai sekalian penduduk Malaysia dan umat sekalian dunia yang menerjah laman sesawang waktu siang dan malam sebagai masyarakat maya tanpa mengira bangsa dan agama, menyelongkar dunia tanpa mengira sempadan di dalam sebuah paparan. Kita harus sedar dan kita perlu membuat persediaan, khususnya daripada aspek simpanan serta pelaburan, dalam menempuh keadaan ekonomi tidak menentu yang sering melanda setiap negara yang membangun. Meskipun kemelesetan ekonomi tidak memberi kesan ketara kepada pertumbuhan ekonomi negara, namun orang ramai harus berwaspada dengan sebarang kemungkinan termasuk situasi pemberhentian kerja dan kenaikan harga barangan keperluan yang secara langsung meningkatkan kos sara hidup setiap individu.

Pelbagai alternatif boleh diambil sebagai usaha untuk menambah pendapatan khususnya untuk jangka masa panjang, ini termasuk melabur dalam pasaran saham dan unit amanah yang diperkenalkan oleh pelbagai institusi kewangan atau dengan membeli EMAS. Emas sama ada dalam bentuk jongkong, syiling, atau barangan kemas dilihat sebagai satu portfolio pelaburan atau tabungan terbaik, khususnya apabila nilai komoditi tersebut terus meningkat sejak kebelakangan ini. Sejak empat tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak empat kali ganda dan kini telah mencecah kepada U$D 1,600 setiap auns dan dijangka meningkat kepada U$D5,000 setiap auns menjelang tahun 2020. Faktor peningkatan harga tersebut dipengaruhi oleh kenaikan pendapatan dan permintaan kukuh dari negara-negara Asia, kadar faedah yang rendah di kebanyakan negara dan pembelian emas secara berterusan oleh bank-bank pusat yang mempunyai keyakinan bahawa komoditi berkenaan lebih baik berbanding mata wang dunia yang lain.

Oleh yang demikian mari kita semua memasang tekad, menyimpan EMAS demi kelangsungan dan jaminan masa depan yang lebih cerah. Ini merupakan satu langkah yang proaktif bagi memupuk semangat menabung dan beringat sebelum terlambat. InsyaALLAH jika kita terus berusaha setiap langkah dan keringat kita tidak akan sia-sia. Seandainya setiap butiran saya sampaikan ini terdapat cacat cela faktanya, tolong maafkan saya dan tegurlah saya agar saya tidak terus terpesong dalam belaian nafsu dunia. Assalamualaikum ;)

0 comments: