BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 14, 2012

bEliA BerILmU

Assalamualaikum hari ini pada tanggal 15 Februari 2012 merupakan ulang tahun kelahiran saya yang terbaru. Berapa angka peralihan umur itu, saya tidak mahu selitkan di ruangan blog ini. Tapi bukan soal 'birthday' yang saya mahu kupaskan tetapi soal belia dan ilmu. Pada zaman globalisasi ini golongan muda perlu bijak membuat pilihan dalam memburu ilmu pengetahuan untuk mengelak daripada dijadikan mangsa eksploitasi pada era siber maklumat yang penuh mencabar dalam setiap lapangan hari. Pada masa kini kemahiran bukan saja diperlukan dalam menjana pengetahuan tetapi juga dalam mencari dan mengamalkan sesuatu ilmu dengan cara yang sewajarnya untuk menggapai kejayaan. Mari kita lihat dan renungkan bersama, hari ini kita telah dihujani oleh pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat yang sesetengahnya boleh menimbulkan bahaya serta kekeliruan, dan sekiranya kita tidak berhati-hati dalam membuat pemilihan, kita akan tewas dan terpengaruh dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri sendiri serta negara. Kita dapat lihat dalam pelbagai medium media dan suasana sekitar yang terdapat propaganda yang sengaja dicipta bagi memutarbelitkan ilmu pengetahuan untuk meraih kelebihan tertentu dan ia tidak selalunya baik. Oleh kerana itu, orang akan kerap tersilap membuat keputusan sekiranya mereka tidak berhati-hati dalam memilih ilmu yang mereka ingini. Siapa tidak mengenali negara Arab Saudi? Semua umat manusia yang celik peradaban inteleknya negaranya akan tahu tentang negara kaya ini. Arab Saudi telah mencatat pertumbuhan pesat dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi tidak tersenarai sebagai negara maju. Ini kerana negara tersebut tidak mampu mengguna pakai pengetahuan untuk membina industri dan menghasilkan barangan sendiri. Kita harus sedar dan bangkit memanfaatkan setiap ilmu yang ada untuk kebaikan bersama dan demi kelangsungan keluarga tercinta. Saya pun masih menuntut ilmu untuk membina masa depan yang cerah. Hari ini saya dapat basikal BMX, Mak dan Kakak belikan siang tadi walaupun orang lain sibuk main Fixie Bike(tiada kena mengena dengan isu ini pun). Maaf dan assalamualaikum ;)

0 comments: