BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 10, 2012

teRsungkur di gArisan wakTu

Langit malam menangis pada angka 21 Ramadhan, detik terakhir bulan penuh Barakah semakin menghampiri garisan penghujung. Darah yang mengalir masih lagi dihimpit kedinginan, lena yang diatur seakan terhenti di persimpangan laman. Masa semakin pantas berlalu hari demi hari dan tidak menunggu walau sesaat pun. Tidakkah kita sedar yang usia ini semakin singkat di mamah waktu dan semakin hampir kita menuju ke arah kematian yang akan menjemput kita pada bila-bila masa? Kita alpa dan sibuk dengan perkara yang kecil jika dibandingkan dengan ibadah dan IMAN. Bukan hendak mengata tetapi sudah nyata, bukan mahu menunjuk tetapi sekadar berkongsi dan memperbetulkan diri ini juga. Memang benar banyak perkara yang saya kupas dan bangkitkan adalah berkaitan ISLAM,IBADAH, dan IMAN. Adakah ini akan mengundang rasa jengkel di hati sesetengah pihak? Adakah ini satu kesalahan untuk diceritakan? Jika pada yang memerhati di luar sana saya bersalah, ampunkan saya. Ini kerana saya hanyalah seorang manusia yang sentiasa dirundung kesilapan diri pada saban hari dan ingin memperbaiki setiap kesalahan yang terjadi. Ayuh, kita perhatikan pada segenap sosial kehidupan, adakah kita dan masyarakat sekeliling kerap ditimpa kelalaian atau pun memang wujud golongan yang tidak mahu melihat kepada tujuan sebenar kehidupan di dunia ini. Fungsi kewujudan kita di muka bumi ni adalah untuk mencari bekalan untuk dibawa ke lahad kehidupan dan mencari keredhaan Allah, Maharaja sekalian alam yang memerintah seluruh galaksi dan mengatur sistem suria di seluruh cakerawala. Hari ini, yang Muslim khususnya, mereka terlalu sibuk dan berlumba dengan masa untuk mengejar kenikmatan duniawi yang hanya kekal untuk sementara waktu sahaja. Mereka mengatakan, mereka perlu berusaha untuk kesenangan hidup. Tetapi tidakkah itu kelihatan seperti kita menjadi seperti hamba duit? Tidak salah untuk berusaha keras untuk kelangsungan hidup pada masa hadapan, tetapi lebih baik di seimbangkan dengan amalan menuju akhirat dan tidak lupa kepada Pencipta. Hakikatnya Allah adalah pemberi nikmat yang sebenar kepada seluruh umat manusia dan juga kita umat ISLAM yang beriman dan berikrar dengan Syahadah. Jika kita kerja sekuat mana sekalipun, jika Allah murka, maka kesenangan dan kebahagiaan itu akan tetap kabur untuk kita lihat dan rasa. Allah yang memberi semua yang kita miliki pada hari ini, maka kita wajib untuk bersyukur dan mengabdikan diri kepada-Nya. Insan yang terlalu mengutamakan DUNIA dan mengejar kenikmatannya itu mempunyai persamaan dengan masyarakat Yahudi Laknatullah. Ini kerana golongan Yahudi adalah bangsa yang hanya mementingkan dunia dan mengejar kesenangan dunia. Mahukah kita menjadi Yahudi? Tidak mahu? Sayang kebenaran yang banyak tersingkap adalah, di ceruk daerah dan pinggir masih banyak yang hidup bertuankan DUIT, di bandar besar pelbagai sudut kehidupan kita boleh lihat mereka berlumba mengejar wang di akhir bulan. Benar itu adalah sumber kewangan untuk kita meneruskan kehidupan, dan hasil dari penat lelah kita bekerja, tapi mengapa bila AZAN berkumandang kaki itu tidak mahu bergerak mengambil Wuduk dan melengahkan kewajipan? Lebih 'istimewa' aurat wanita terdedah sana sini, berpeleseran dan berpelukan tanpa batasan. Adakah ini kewajipan atau kebiasaan? Maaf saya cuma berdiskusi di malam hari, kerana saya juga masih menilai kelemahan diri. 
Benar tidak semua jahat, dan tidak semua itu jauh tersesat. Saya yakin jika manusia itu mempunyai ilmu, sejauh mana dia tersasar dari nas kehidupan yang sebenar dia akan tetap kembali ke pangkal jalan pada satu hari nanti dan bertaubat di lantai yang diredhai ILAHI. Namun kita tidak tahu bilakah tarikh luput tubuh kita ini akan berakhir, jika bukan sekarang bila lagi kita mahu menjenguk sejadah dan menyimpan sepertiga malam untuk bersama-Nya? Lebih baik mulakan dari sekarang daripada tiada peluang langsung untuk menghirup udara yang sebenar. Masa yang berlalu tidak akan menunggu kita, jadi perhebatkanlah kualiti penggunaan masa itu dengan penuh praktikal dan berhemah. Kelak kita akan kenang semua itu dengan senyuman dan bukan dengan penyesalan. InsyaAllah. Mari kita bersama merenung kelemahan diri dan bermuhasabah diri demi mendapatkan keredhaan dari ILAHI..amin..

~phared shakur~

0 comments: