BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 7, 2011

sYukUr

Kaki ini berjalan di atas sebuah lapangan kehidupan yang dihujani rimbunan kesyukuran. Hati ini berdenyut indah dibuai udara riang yang menghiasai siang dan malam. Syukur adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang. Tanpa syukur seseorang itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan diri mereka yang sebenarnya sempurna dan berkuasa. Tahun 2011 telah menamatkan tugasnya untuk selama-lamanya dan melabuhkan tirainya dengan 1001 kisah duka dan tawa kepada seluruh isi bumi keturunan Adam dan Hawa. 2011 mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada Tahun 2012 melangkah ke hadapan mengambil tampuk pemerintahan dari peralihan putaran semester yang sentiasa silih berganti. Pelbagai perkara telah aku lalui dalam kehidupan 2011, antaranya aku pernah terperangkap di dalam lif di Terminal Bersatu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) tidak kurang daripada 10 minit. Itu satu pengalaman yang baru dan menakutkan juga, tetapi semuanya berakhir dengan baik dan senyuman. Kemudian pada bulan 10 sekali lagi aku terperangkap di dalam lif, namun kali ini aku terperangkap di Menara Sultan Abdul Aziz Shah bersama kawan aku. Kali ini aku lebih bersedia berlandaskan pengalaman yang aku ada sebelum ini. Alhamdulillah kami bersyukur kerana lif kembali berfungsi selang 5 minit selepas itu.Syukur. Alhamdulillah Syukur dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana sepanjang cuti empat bulan yang aku miliki, aku dapat sekali lagi khatam Al-Quran untuk kali kelima dalam hidup aku.Alhamdulillah cuti itu aku manfaatkan untuk sesuatu yang berfaedah.Syukur.

Pengalaman pahit yang aku lalui sudah tentu adalah retak tulang siku tangan kanan kerana terlibat dalam kemalangan sewaktu hujan lebat pada bulan April 2011. Seluruh ahli keluarga menyalahkan aku kerana mereka menyangka aku memandu dengan laju, namun perkara sebenar yang berlaku adalah kerana hujan lebat,jalan menjadi licin kerana dipenuhi air. Aku bersyukur kehadrat Allah Taala kerana tulang siku tangan aku hanya retak dan tidak patah tangan dan bersyukur kerana kereta di belakang motosikal aku tidak laju serta sempat mengelak dari merempuh aku yang sudah pun tergolek di jalan raya.Alhamdulillah. Ujian Allah itu sentiasa ada dimana-mana, selang 2 minggu selepas kejadian kemalangan tersebut, aku sekali lagi terlibat dalam kemalangan motosikal dan disebabkan oleh hujan lebat juga. Kali ini aku hanya beberapa inci sahaja hampir dirempuh oleh sebuah Mitsubishi Pajero yang berada di belakang kenderaan aku. Hampir melayang lagi nyawa yang aku junjung selama ini. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku dalam ujiannya. Walaupun perit, kerana kejadian kedua berlaku dalam tempoh dua minggu, siku tangan kanan aku sekali lagi terpaksa disimen kerana impak aku terjatuh dalam kemalangan kedua terlalu kuat. Imbasan yang telah dilakukan tulang aku tidak patah.Syukur Alhamdulillah.

Selain itu aku juga berjaya menukar lensa kamera Nikon DSLR aku kepada lensa yang mempunyai zoom beresolusi tinggi agar bersesuaian dengan 'Full HD' yang aku miliki, walaupun harganya memang mahal dan lebih tinggi dari badan kamera itu sendiri. Namun kerana berkat sabar dan segala tempoh menunggu itu berakhir dengan sekuntum senyuman yang puas dan bermakna.Syukur Alhamdulillah.

Aku bersama rakan-rakan juga ada melakukan aktiviti yang tidak dirancang seperti meninjau keadaan Highland Tower pada jam 3 pagi di malam Jumaat dan merakam keadaan sekeliling sehingga berjaya merekod imej Orb@Entiti tersebut. Sangat terkejut bersulam takut yang tidak dijangka. Selain itu kami juga melawat semua tempat yang seram seperti Kubur Lama Gerat Cina, Bukit Tunku, dan Hospital Cheras. Darah muda, semua keinginan dibuat untuk keseronokan bersama teman dan pengalaman bersama sewaktu belajar. Syukur tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku terhadap kami sepanjang setengah tahun kami menjalankan aktiviti "paranormal" tersebut. Ini bukanlah paranormal yang profesional tetapi lebih kepada perkara "Gila-Gila Remaja" kami.

Syukur kepada Allah kita semua masih dipanjangkan usia untuk melihat langit biru di tahun baru bersama tekad azam yang ingin disempurnakan dan dicapai. Syukur banyak impian aku telah tercapai dan dipenuhi, dari gajet peribadi sehinggalah pelancongan. Alhamdulillah Syukur. Kehadiran tahun baru membawa makna angka usia kita telah meningkat setahun dan memberi tahu bahawa masa kita semakin singkat di dunia ini serta semakin hampir kita kepada ajal maut yang akan membawa kita kepada destinasi kematian. Kita selalu melupakan maut tetapi maut tidak pernah melupakan kita. Marilah kita bersama mengangkat Islam sebagai pegangan yang utuh dan kukuh serta berubah mencari keredhaan Yang Esa untuk bekalan di dunia SANA yang hakiki.

InsyaAllah :)






0 comments: