BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 31, 2011

pElOpoR kiSAh MasA

assalamualaikum


Hari ini saya kembali membuka ruangan blog ini untuk menterjemahkan cerita yang berlaku dalam kehidupan saya. Agak lama juga tidak bermain dalam lapangan ini, kerana kekangan waktu dan terlalu letih dalam menjalankan amanah seharian. Hari esok umat Islam di seluruh dunia akan memulakan ibadah berpuasa dan menunaikan rukun Islam yang menjadi tuntutan wajib kepada kita semua yang beragama Islam. Malam ini solat sunat terawikh yang hampir kepada wajib telah pun dapat ditunaikan dengan sempurna sebanyak 20 rakaat dan solat sunat witir sebanyak 3 rakaat.ALHAMDULILLAH. Syukur kerana pada tahun ini kita masih diberikan ruang dan peluang oleh ALLAH s.a.w untuk bersama menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan barakah dan keistimewaan ini. Keistimewaan dan kemuliaan bulan Ramadhan ini akan saya ceritakan dalam coretan yang seterusnya kerana pada bingkisan ini ada perkara lain yang ingin saya abadikan sebagai kenangan hayat saya.
Bagaimana untuk saya mulakan cerita ini pun saya kurang pasti, tetapi yang pasti dan nyata sepanjang minggu lepas bermula 23 Julai 2011 (malam) saya telah pun berkampung di Shah Alam bersama teman dan sahabat handai. Perjalanan yang kami tempuhi tidaklah terlalu lama dan tidak memenatkan tetapi hanya penat gelak ketawa kerana gurauan yang memecah suasana.Dari Negeri Sembilan ke Shah Alam tidak mengambil masa yang lama dan kami rasa amat seronok dapat luangkan masa bersama. Di Shah Alam kami semua tidur dan melepaskan penat di rumah sewa saya.Saya dan rakan serumah yang lain telah berpindah ke rumah sewa yang baru, rumah 2 tingkat dan bersebelahan dengan I-City iaitu taman tema cahaya yang penuh dengan warna-warni walaupun pada hakikatnya saya sudah bosan melihat I-City itu. Rumah kami yang baru ini lebih luas dan selesa dan abang-abang rumah semua beri saya bilik tidur utama(master bedroom), alasannya saya pelajar dan perlukan ketenteraman.Syukur. Bilik tidur saya lengkap dengan bilik air dan katil.seronoknya rasa!!
Tujuan saya membawa rakan-rakan datang ke ibu negeri Selangor ini adalah untuk menontong secara langsung acara muzik MTV World Stage, yang berlangsung pada 24 Julai 2011. Pada malam itu suasana sangat bingit dengan teriakan penonton dan ditambah lagi dengan alunan muzik yang sentiasa menjadi teman setia pengunjung. Rasa macam berada di luar negara pula, sebab dibanjiri dengan pelancong asing dan rakyat negara ini sendiri dengan pemakaian seperti makhluk asing terutama wanita. Tapi itu semua adalah hak mereka dalam menginterpretasikan kehadiran diri mereka di pentas dunia. Suasana bertambah gamat dan hiruk-pikuk apabila melihat kemunculan kumpulan Hip Hop Rock kelahiran Malaysia yang cukup popular di negara matahari terbit Jepun, Pop Shuvit membuat persembahan dengan kepantasan lagu mereka dan kelincahan aksi mereka di pentas. Dalam hati ini terasa amat bangga apabila melihat anak muda Malaysia mampu untuk berdiri sama tinggi dengan artis antarabangsa yang cukup hebat tahap publisiti mereka di seluruh dunia jika hendak dibandingkan dengan artis di negara ini. Peluang untuk melihat acara muzik global ini di tanah air sendiri dapat juga saya kecapi kerana sebelum ini saya hanya menjadi penonton di kaca televisyen tetapi kini saya sendiri dapat bersama memeriahkan suasana untuk tatapan seluruh dunia. Berbagai ragam manusia dan gimik artis yang dapat saya saksikan di sana. Umpama dalam mimpi rasanya dan amat seronok dapat berhibur dalam kehangatan malam.
Apa yang saya ceritakan di atas adalah satu acara maksiat yang amat melalaikan dan memerangkap keimanan seorang manusia ke lembah kehinaan. Beralih pada cerita yang berikutnya. Pada 28 Julai 2011(Khamis) pula saya dan rakan-rakan bersama ribuan umat manusia menyerang Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyokong pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya yang menentang skuad bola sepak Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2014 di pusingan ke-2. Harapan menggunung hampir 90 000 yang hadir ke stadium musnah berkecai apabila Harimau Malaya hanya mampu seri 1-1 dan kalah menerusi agregat 4-6 kepada barisan import Singapura. Dengan semangat yang berkobar-kobar, walaupun saya sudah mempunyai jersi biru Malaysia, saya sanggup beli jersi 'original' belang Hitam Kuning Malaysia dengan harga RM 200 di butik Nike. Tapi apakan daya hanya kekalahan yang mampu kami semua terima. Rakan-rakan banyak juga yang ketawakan saya tapi tidak mengapa kerana pada saya duit itu kita boleh cari. Sangat seronok apabila dapat berkumpul bersama puluhan ribu penyokong Malaysia dan nilai tiket yang berharga RM 30 itu terasa amat berbaloi untuk dikeluarkan. Walaupun tewas kami semua tetap setia menyokong. Jika penyokong lain ada yang mengecat muka mereka dengan warna kuning dan ada pula yang melukis bendera Malaysia di pipi mereka, saya mengambil inisiatif dengan memakai topeng dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang Malaysia.
Inilah panorama kehidupan anak muda.
Pada 30 Julai 2011 (Sabtu) saya pulang ke Johor untuk melawat keluarga dan hadir program mini reunion bersama rakan-rakan di negeri selatan ini. Pada hari tersebut saya telah buat satu perkara yang membuatkan mereka semua geram. Kami rancang untuk pergi menonton wayang selepas selesai bermain bowling, kebanyakan dari mereka memilih untuk menonton filem Harry Potter dan saya pula memilih mahu menonton Captain America. Jadi apa yang saya buat adalah, saya menawarkan diri untuk membelikan tiket wayang dan mereka hanya perlu memberikan duit sahaja pada saya. Dan apabila sampai di kaunter tiket Big Cinema saya membeli tiket wayang Captain America untuk semua mereka yang berjumlah 19 orang itu termasuk saya.hahahaha. Puas juga saya kena marah dan di kejar mereka. Tapi mereka hanya marah biasa dengan cara bergurau dan tiada apa-apa yang serius. Selesai menonton filem itu semua puas hati cuma saya saja rasa seperti tidak seronok, mungkin kerana filem itu kelihatan seperti tergantung untuk memberi peluang pada sequel yang akan datang. Selepas itu kami semua pergi makan Piza Hut sampai ada yang sakit perut dan tersedak. Macam-macam perkara yang berlaku, tapi seronok dan menghiburkan.
Ini perkara yang saya lakukan sepanjang seminggu yang penuh dengan aktiviti hiburan dan memenatkan. Namun saya rasa amat bertuah kerana mempunyai rakan yang memahami dan mengambil berat. Saya rasa amat terhibur bersama mereka semua. Saya bersyukur kehadrat ALLAH s.a.w kerana dikurniakan nafas untuk menikmati erti hidup dan memperbaiki kepincangan hidup serta menghidupkan nur iman dalam diari kehidupan.

ALLAHU AKBAR
ampuni segala salah dan silap sekalian manusia yang pernah tersasar dari landasan hidupnya
~amin~

0 comments: