BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 27, 2012

lEgoLanD

Anda tahu permainan Lego? Pasti kita semua pernah melalui zaman kanak-kanak yang riang dengan ditemani permainan Lego. Permainan tersebut sangat sinonim dengan kanak-kanak dari dahulu hinggalah pada zaman sekarang. Saya sendiri pernah dan masih menyimpan permainan lego itu di dalam bilik saya. Lego pertama yang saya beli adalah di Seremban, Negeri Sembilan. Lego tersebut mempunyai replika orang, kereta Go-Kart, rumah dan pokok. Lego juga mampu menguji daya kreativiti kita untuk membina monumen plastik yang kita imaginasikan dalam minda. Kini rakyat Malaysia khususnya yang berada di Negeri Johor boleh berbangga dengan pembukaan Taman Tema Legoland Malaysia di Medini, Nusajaya, Johor yang bakal memberikan pengalaman hampir serupa dengan taman tema Legoland lain di seluruh dunia. Taman Tema Legoland Malaysia yang bernilai RM720 juta merupakan taman tema Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland Deutschland, Legoland California dan Legoland Florida. Reka bentuk dan konsep Legoland Malaysia telah diambil berdasarkan Legoland Deutschland, Jerman iaitu Legoland terbaharu yang dibuka pada tahun 2002. Namun walaupun konsep rekaan diadaptasi dari negara luar namun pengalaman di Taman Teman Legoland Malaysia mungkin lebih baik kerana terdapat kelainanan yang tersendiri diketengahkan.

Kelainan yang terdapat di Legoland Malaysia ialah sebanyak 3000 pokok besar pelbagai jenis dari hutan hujan tropika telah ditanam yang mana ia mempunyai rimbunan yang dapat memberikan persekitaran yang nyaman. Kawasan Legoland Malaysia juga lebih luas dan terdapat bumbung yang disediakan di tempat beratur untuk melindungi pengunjung daripada hujan atau panas. Legoland Malaysia dibina di kawasan seluas 31 hektar di Medini North, iaitu hab gaya hidup di Iskandar Malaysia. Selain daripada itu terdapat satu atau dua pusat tarikan utama yang bakal dibangunkan di Legoland Malaysia dalam usaha untuk memastikan Taman Tema tersebut kekal relevan kepada pengunjung dan memberikan sedikit perbezaan daripada Legoland lain di dunia.

Ciri unik yang terdapat di Taman Tema Legoland Malaysia yang nyata berbeza daripada Legoland lain di dunia ini adalah Miniland, yang mana ia merupakan tempat di mana struktur binaan ternama di serata dunia dibentuk menggunakan Legoland. Jika Legoland California mempertontonkan struktur binaan yang kebanyakannya berasal dari negara itu sendiri dan Legoland Billund di Denmark memaparkan seni bina Eropah yang klasik, Legoland Malaysia pula mengambil pendekatan mengetengahkan seni bina dari negeri Johor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan struktur binaan dari negara-negara ASEAN di kepulauan nusantara.

Untuk pengetahuan seluruh masyarakat maya, Taman Tema Legoland Malaysia bakal dibuka pada akhir tahun 2012 dan disasarkan kepada golongan kanak-kanak berusia lingkungan 2-12 tahu. Legoland Malaysia menawarkan tujuh destinasi yanag akan memberikan pengalaman yang berbeza iaitu Beginning, Miniland, Castle, Xtreme, Imigination, Adventure dan Town dengan lebih 40 pusat tarikan. Terdapat juga cadangan untuk membina Hotel Legoland di Legoland Malaysia namun perlaksanaannya masih belum dijalankan dan jika cadangan tersebut dapat direalisasikan, Legoland Malaysia bakal menjadi Legoland kedua di dunia yang mempunyai Hotel Legoland selepas Legoland Billund, Denmark.

Ini merupakan satu berita yang begitu mengujakan untuk seluruh rakyat Malaysia dan juga kepada seantero penduduk Asia Tenggara dan Asia. Lokasi sudah diberitakan dan peluang bakal dibuka, jadi kita hanya perlu menyimpan duit dan bersabar untuk merasai pengalaman baru yang bakal menjengah tiba. Sekian, Assalamualaikum ;)

0 comments: