BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 25, 2012

HellO kITtY!!

Negeri Johor mampu untuk berbangga dan rakyat Johor bakal tersenyum dengan pembangunan bandar Taman Tema Hello Kitty di Johor yang dijangka mula beroperasi pada akhir tahun 2012. Untuk pengetahuan umum, Taman Tema Keluarga dalam bangunan yang terletak di Puteri Harbour, Johor itu sedang rancak dibangunkan dan Taman Tema itu akan memiliki tarikan utamanya yang menempatkan pelbagai watak kartun global yang popular seperti Thomas and Frieds, Friendly Dinosour, Bob and The Builder, Pingu The Penguin dan Angelina Ballerina. Selain daripada itu fakta yang hampir menarik untuk diketengahkan kepada khalayak ramai adalah taman tema itu akan memiliki bandar Hello Kitty pertama di Asia Tenggara! Seiring dengan watak Hello Kitty yang merupakan jenama yang berpangkalan di Jepun, Bandar Taman Tema Keluarga ini dapat menggamit perhatian pengunjung dan menjanjikan pengalaman berhibur bersama keluarga yang terbaik bukan sahaja untuk pengunjung tempatan malah menarik kehadiran pelancong asing ke Malaysia dan ke selatan tanah air iaitu negeri Johor secara khususnya.


Selain memperkenalkan karakter Hello Kitty, My Melody, Little Twin Star, bandar ini juga akan menawarkan segala produk berkaitan kartun berkenaan termasuk persembahan pentas, lagu, tarian dan parti Hello Kitty. Keunikan tersendiri yang terdapat di taman tema ini adalah, restoran yang akan menyediakan juadah selera berkonsepkan kampung milik kartunis Lat yang terkenal dengan kartun Kampung Boy.

Sila nantikan kahadiran bandar taman tema ini kerana bukan hanya suasana karakter kartun dari luar negara sahaja yang disajikan tetapi watak kartun tempatan juga digabungkan dibawah satu bumbung.saya akhiri bingkisan ini dengan Assalamualaikum ;)

0 comments: