Saturday, March 21, 2020
cOrona ViruS #Covid19
Posted by PHARED SHAKUR at 6:01 AM 0 comments
Monday, May 20, 2019
Malas atau Rajin?
![]() |
| Iftar di Double Tree by Hilton dengan pihak pemaju dan rakan sekerja |
Posted by PHARED SHAKUR at 11:30 PM 0 comments
Monday, May 13, 2019
Ramadhan 1440H
![]() |
| Bulan puasa pun kena turun site, telan air liur sajalah sepanjang masa |
Posted by PHARED SHAKUR at 12:23 AM 0 comments
Monday, April 29, 2019
KisaH
Posted by PHARED SHAKUR at 1:02 AM 0 comments
Saturday, April 27, 2019
daRJat
![]() |
| Syok Sendiri |
Posted by PHARED SHAKUR at 11:56 PM 0 comments
Wednesday, April 17, 2019
what'S up 2019!
Assalamualaikum
Apa khabar masyarakat maya yang terus utuh dengan budaya baru di dunia kini iaitu media sosial. Masih gigih melapah lapangan teknologi maklumat yang kekal mampan bermahajalela di segenap seantero glokal. Empat tahun menghilang daripada gugusan ruangan blog peribadi ini, kini Phared Shakur terpanggil untuk menjamah semula setiap huruf yang pernah menjadi santapan jemari tangannya. Masih bernafsu untuk terus bermain dengan patah perkataan walau kekok pada awal permulaan. Jika rajin diasah dan dibelai manja, maka ilham untuk dilontarkan tidak akan pudar dimamah tinta. Empat tahun dihurung rasa malas untuk mengemas kini entri terbaru. Empat tahun juga menerokai pelbagai cabaran baru dalam inci kehidupan.
Alhamdulillah perjalanan di awal permulaan 2019 ini berjalan dengan lancar dan diiringi hela kebahagiaan. Semoga semua itu diberikan keberkatan dan berterusan hingga ke tahun-tahun yang berikutnya. Amin. Proses kehidupan ini penuh dengan pelbagai onak dan duri. Ia terpulang kepada kita bagaimana untuk menempuhi semua itu dengan tabah, cekal atau tersungkur sebelum mengharunginya. Saya sendiri mencabar diri saya untuk melakukan perkara yang selalu saya anggap saya tidak mampu dan tidak akan lakukan. Saya keluar daripada zon selesa saya dan mengerah setiap asa yang ada untuk memperoleh ilmu dan pengalaman baru. Saya bukanlah individu yang ketagih kepada cabaran baru dalam kehidupan ini, tetapi apa yang saya lakukan adalah untuk mengenali potensi diri. Saya mampu selesaikan urusan akademik saya secara sepenuh masa, bukan separuh masa atau pjj, walaupun bekerja namun semua itu masih mampu saya lunaskan dengan jayanya. Pensyarah saya merangkap penasihat (dissertation adviser) bertanya kepada saya di dalam kelas, kenapa saya sambung pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi? Saya menjawab, saya sambung belajar bukan kerana mahu mengejar pangkat dan tangga gaji di dalam organisasi pekerjaan tetapi kerana pembelajaran itu adalah kepuasan peribadi atau self satisfaction saya. Walaupun saya perlu berulang-alik dan tidur daripada waktu malam hingga ke pagi di Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) sebelum ke institusi pengajian untuk menghadiri kuliah, namun saya tidak pernah merungut kerana saya itu adalah jalan yang saya pilih. Saya bersyukur kerana saya mampu meneruskan dengan jayanya dan saya satu-satunya pelajar yang bekerja di dalam kelas dan berulang alik seminggu dua kali ke tempat pengajian. Tetapi apa yang saya ceritakan ini bukanlah berlaku pada tahun 2019 tetapi ia bermula pada tahun 2016 sehingga saya habis pengajian. Saya berkongsi akan perkara ini kerana ia adalah langkah gila yang saya ambil sehingga membuat orang sekeliling geleng kepala dengan keputusan yang saya ambil, malah majikan saya dahulu juga risau sekiranya badan saya tidak mampu untuk bertahan dengan komitmen saya sebagai pelajar, pekerja dan perjalanan. Alhamdulillah berkat doa semua insan saya sentiasa bermotivasi dan tidak patah semangat. Syukur.
Hanya setakat ini sahaja yang mampu untuk saya kongsikan kepada anda semua dan tidak panjang berjela seperti tahun-tahun sebelum ini. Ini adalah permulaan baru saya setelah empat tahun bersara seketika dalam landskap penulisan. InsyaAllah jika mempunyai kelapangan waktu dan daya pemikiran yang rancak, saya akan berkongsi lagi dengan anda semua walaupun anda merasa jelik untuk membacanya :) Sehingga kita bertemu lagi pada masa akan datang.
Assalamualaikum
Posted by PHARED SHAKUR at 12:20 AM 0 comments
Thursday, December 31, 2015
EmpaYar 2015 / 2016
Posted by PHARED SHAKUR at 7:58 AM 0 comments
Friday, July 17, 2015
1 Syawal 1436 Hijrah
Assalamualaikum
Salam sejahtera dibingkiskan kepada seluruh masyarakat pelayar teknologi yang masih rancak menaip papan kekunci di skrin telefon pintar mahupun di komputer riba/peribadi anda untuk mencari bahan informasi terkini. Hari ini adalah hari Jumaat (Penghulu Segala Hari) bersamaan dengan 1 SYAWAL 1436 HIJRAH / 17 Julai 2015, yang juga merupakan Hari Raya Aidilfitri bagi seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, melawan nafsu dan memperbaiki iman, kini tibalah kita untuk meraikan detik kemenangan di hari Lebaran bersama keluarga, masyarakat dan insan tersayang.
Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik bersama ayahanda dan bonda tercinta, yang ternyata dapat membantu kami untuk terus menunaikan ibadah kepada Allah Yang Maha Esa. Semakin menginjak dewasa, saya lebih teruja dan seronok untuk berada di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Syawal yang menjelma, keseronokan itu seperti bersinar hanya pada hari raya pertama sahaja. Namun masa terus pantas berlalu meninggalkan kita. Sebulan berpuasa yang kita rasakan lama itu sebenarnya teramatlah singkat. Kini kita sudah pun tiba untuk meraikan Aidilfitri mulia. Alhamdulillah.
Semoga semua usaha baik dan murni yang kita lakukan sepanjang di bulan Ramadhan yang lalu dapat diteruskan dan tidak ternoktah hanya di bulan Ramadhan sahaja. Saya yakin, insan lain juga melakukan perkara yang sama semasa berada di bulan yang tersimpan rahsia Malam Seribu Bulan itu seperti berzikir, membaca Al-Quran dan menunaikan solat fardhu serta solat sunat. Satu usaha yang bagus, daripada kita duduk lepak dan bercerita perkara yang tidak mendatangkan kebaikan, lebih baik kita membasahkan lidah kita dengan Zikrullah. Berzikir kepada Allah mempunyai banyak manfaat seperti dapat menghilangkan titik hitam di dalam hati, menenangkan jiwa yang bergelora, dan melapangkan fikiran. Rugi jika kita berpuasa tetapi masih lagi mengumpat dan memfitnah orang lain. Saya juga berharap kita dapat terus membudayakan Al-Quran di dalam setiap hari-hari yang kita lalui. Ambil sedikit masa daripada 24 jam sehari yang diperuntukkan kepada kita itu untuk membaca Kalamullah. Kita sentiasa mempunyai waktu untuk membuka laman sosial, bermain telefon pintar, dan keluar menonton wayang dengan teman tetapi terlalu sukar untuk memperuntukkan 15 minit sehari untuk membaca Al-Quran Nur-Kareem. Al-Quran itu adalah mukjizat Nabi Muhammad yang kekal relevan sehingga ke akhir waktu dunia ini, dan Kata-Kata Allah itu juga yang antara akan membantu kita semasa di akhirat kelak. Oleh itu usah kedekut masa yang anda miliki itu dan teruskannya sehingga akhir nafas kita. InsyaAllah.
Kini kita beralih ke coretan Aidilfitri saya. Alhamdulillah seperti biasa, kerja mencantikan rumah semua saya dapat mengemas dengan jayanya bersama adik-beradik yang lain. Rutin yang agak sinonim dengan saya saban tahun seperti mengelap cermin dan semua perhiasan yang berhabuk di dalam rumah. Namun keseronokan jelas terpancar di dalam setiap wajah ahli keluarga walaupun letih kerana semua perkara dilakukan secara berjemaah. Itu secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi ukhwah persaudaraan yang sedia terjalin antara kami semua. Pada malam raya tadi selepas Maghrib, alhamdulillah saya dapat mengetuai bacaan takbir raya di rumah Allah bersama ayah dan para jemaah yang lain. Pada pagi raya pula, sekali lagi saya diberi peluang untuk mengetuai bacaan takbir raya di rumah Allah. Syukur kerana peluang itu diberi kepada saya, dan sudah beberapa tahun saya mendapat peluang itu. Seronok sebenarnya bila kita dapat mengalunkan bacaan takbir memuji kebesaran Ilahi itu. Saya juga dahulu seperti anak muda lain yang berasa takut untuk mengetuai bacaan takbir dan gemuruh, tetapi saya berpendapat, sampai bila saya harus berasa takut dan tidak mencuba. Perkara yang baik itu tidak perlu kita merasa takut, dan bulatkan tekad untuk mencuba. Saya bersyukur kerana sudah 4-5 tahun saya dapat bertakbir dan mengetuainya. Saya bukan mahu berlagak tetapi apa yang saya mahu sampaikan adalah sebagai lelaki kita tidak harus berasa takut dengan bayang-bayang sendiri. Keluar dari kepompong selesa, kerana kita belajar daripada kesilapan untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Lihat kehadapan kerana satu hari nanti kita juga menjadi ketua keluarga (ada antara anda yang sudah menjadi ketua keluarga) dan akhirnya menjengah usia senja. Jadi usah takut, lawan rasa gemuruh yang mencengkam jiwa itu.
Tidak banyak perkara yang boleh saya kongsikan dalam bingkisan kali ini kerana rumah masih dihujani dengan kunjungan saudara mara, dan ditambah pula dengan keriuhan anak-anak saudara yang bertapak di teratak ayahanda bonda tersayang. Pelbagai ragam yang boleh diperhati, ada yang sibuk bermain mainan, mengira duit raya, yang bermain sesama sendir dan tidak kurang juga yang merengek meminta susu. Ini baru malam raya yang pertama dan masih banyak lagi perkara yang akan berlaku selepas ini, maklumlah keterujaan raya masih lagi bermaharajalela di segenap ruang kehidupan saat ini. Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf andai sepanjang saya berkongsi kisah hidup ini, ada perkara yang membuatkan tuan-tuan terasa hati atau tidak setuju denngan pendapat saya. Saya seorang manusia yang sentiasa diburu kesilapan dalam hidup dan jika ada yang berkecil hati, sepuluh jari disusun meminta ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Selamat menjamu ketupat, lemang dan rendang semua ;)
Dari kota ke desa lebaran di sambut penuh ceria,
Memohon ampun membuka bicara,
Hari Raya di sambut bersama insan tercinta
Salam Aidilfitri pada Syawal mulia
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Phared Shakur & Isteri-Isteri tersayang (eh??)
Posted by PHARED SHAKUR at 7:25 AM 0 comments
Saturday, July 11, 2015
2015: First Chapter
Assalamualaikum dititipkan kepada seluruh masyarakat alam maya di seantero pelusuk dunia. Setelah sekian lama menyepikan bayangan penulisan, alhamdulillah kini saya kembali menerjah ke ruangan diari elektronik ini sementelah dua tahun tidak mengasah jari-jemari menterjemahkan apa yang terbuku di minda. Mukadimah Pertama saya di tahun 2015 Masihi ini saya mulakan pada tanggal 24 Ramadhan 1436 Hijrah.
Kini bernafasnya saya di minggu akhir Ramadhan, di mana semua insan sedang sibuk mencari kelengkapan sebagai persiapan diri dan keluarga untuk menyambut serta meraikan kehadiran Aidilfitri pada 1 Syawal. Setelah sebulan berpuasa menunaikan Rukun Islam yang ke-4, maka beberapa hari yang mendatang ini tibalah kita ke detik kemenangan melawan godaan nafsu yang melingkari jiwa setiap manusia yang bernyawa di dunia ini. Saya sering bermonolog bersama diri sendiri, adakah kehadiran Ramadhan ini benar-benar mengajar saya erti Islam yang sebenar? Adakah saya memahami setiap pengorbanan yang saya lakukan dalam melakukan ibadah kepada Allah? Adakah puasa yang saya lakukan hanya sekadar mendapat penat, lapar dan dahaga sahaja?
Apa yang saya lakukan bukanlah satu perkara yang sia-sia dan ia membimbing saya untuk menjadi seorang muslim yang kenal akan Islam serta mencintai Penciptanya. Setiap persoalan itu bersendikan kepada jawapan bahawa semuanya adalah merupakan ibadah kepada Allah, Tuhan Semeter Alam. Perjalanan hidup saya di dunia ini terlalu singkat jika mahu dibandingkan dengan nikmat Syurga yang Allah janjikan kepada setiap hamba-Nya yang beriman. Usia yang tersisa di bumi Allah ini haruslah kita gunakan untuk mengejar keredhaan-Nya dengan memperbaiki setiap amalan yang lompong di masa lalu. Ganjaran yang disediakan disepanjang bulan Ramadhan ini sangatlah besar, ditambah dengan kehadiran Malam Lailatul Qadar (Malam Seribu Bulan) dan amatlah rugi bagi anak-anak Adam jika tidak memanfaatkan setiap hari yang diberikan di dalam bulan Al-Mubarak ini. Kesedaran yang perlu kita patrikan dalam sanubari kita adalah, nyawa kita tidak dijanjikan untuk bertemu Ramadhan pada tahun berikutnya dan kemungkinan tahun ini adalah Ramadhan terakhir kita bersama keluarga.
Sebulan kita berpuasa pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri adakah kita memelihara percakapan kita? Adakah aurat kita juga berpuasa? Adakah setiap medium media sosial yang kita miliki juga berpuasa daripada setiap perkara yang boleh mendatangkan fitnah, permusuhan dan dosa? Jadikan bulan mulia ini sebagai titik tolak untuk mendisiplinkan diri dan menjadi seorang khalifah yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Usah masih kekal menjadi insan yang terleka dahulu kerana kita sentiasa diberikan masa dan peluang untuk berubah menjadi lebih baik di mata masyarakat. Masa tidak pernah menunggu kita, dan jangan menyesal jika kita gagal memanfaatkan setiap waktu yang telah dikurniakan kepada kita.
Seperti dalam ruangan bingkisan saya sebelum ini, di sini juga ingin saya tekankan bahawa saya juga bukanlah seorang manusia yang baik. Saya juga seorang manusia yang banyak melakukan dosa kepada Allah dan menderhaka kepada-Nya, tetapi saban hari saya cuba memperbaiki diri saya untuk menjadi seorang anak, sahabat, dan ahli masyarakat yang baik dan tidak memalukan setiap kelompok individu yang dekat dengan saya. Perlakuan dan sikap kita pada hari ini akan mencorakkan jalur hidup kita pada masa hadapan. Masa depan itu kelihatan samar tetapi ia pasti akan mengetuk dinding hidup kita pada suatu masa pasti. Oleh itu tepuk dada, tanya iman apakah kita mahu yang buruk atau yang bersinar cantik untuk kehidupan kita. InsyaAllah sama-sama kita berusaha demi kelangsungan yang lebih gemilang.
Putaran jam di dinding sudah meliuk lembut ke angka 3:30pagi dan sudah sampai masa untuk saya menamat coretan saya serta bersedia untuk memanaskan lauk-pauk untuk bersahur. Salam perkenalan dihulurkan kepada sahabat peninjau yang sudi membaca bingkisan lapuk saya ini. Saya bersyukur masih mampu untuk berkongsi idea dan menulis walaupun tidak seindah karangan penulis lain. InsyaAllah sehingga kita bertemu lagi pada lembaran akan datang. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Selamat menyambut kehadiran Syawal dengan kebahagiaan dan kesyukuran. Assalamualaikum :)
-phared shakur-
Posted by PHARED SHAKUR at 12:40 PM 0 comments
Thursday, June 6, 2013
Just a Friend
Hello fellas, this is Phared Shakur on screen. we meet again after a month, and thanks to Allah because my pain has drift away. I just want share to you guys about the essay that I've wrote during my school time in SPM trial. My English teacher thought that I backbite my discipline teacher have a sex with the student in school. I tried to explain to them but they won't believe me. Until now my essay, is still in a locker at the counselling room. Actually it just a inspiration from a Hip Hop song, presented by Too Phat. The lyric is planted in my brain, so I just took it as a situation to be express in my essay. From my view, in essay it just a imagination and we create it based on the requirements of the question. I do not take all the lyric but only the drama and situation it self. So why they put the blame as my shadow although I've explain about it? The song was release in Malaysia, so please put your eyes on every word. Now we start!
Have you ever met a girl that you thought was perfect, you waited for her years because you know she worth it, here's a little bit about this girl I knew since way back in pre school sometime in 82. She had two pony tails ands a front tooth missing with. Freckles on her cheeks because the mom Caucasian, up on a tree house is where we chilled together with carvings on the trunk saying friends forever. She the type who laugh when the normally cried and when they busy playing house, we playing bonnie and Clyde. In grade school everybody knew we partners in crime, we use bully kids in playgrounds like all the time we always seen holding hands to the principal's office. the naughtiest in town and could no other kid stop us. In high school she switched her desk next to mine, so we could cheat while doing pop quizzes all the time. 14th February 93, little Jenny said she had a big surprise for me, gave me the very first kiss and plus a ring and a card, and she said 'I love U'. So I gave her the rest of my heart. A couple weeks later called her house at 10, the mama said 'I thought you suppose with Jen', I quickly rushed to the crib, she got out of the van, I'm like ' who was that?' 'oh he just a friend'.
You, you got what I need, but you say he's just a friend.
So, I took Jenny's word for it at this time. I thought just having a friend, it couldn't be no crime, because even I have friend and baby that for show, just like Watson, Hailee, Baby Tash and Joe. So we never talked about that late snack with van man. We rather talk about the future we have planned and what to name our kids, Al-Tarique or Shaymar? Ayesha, or Tisha for a girl and maybe even bring our kids to that little tree house that we chilled at. But then in 94, I couldn't help it but feel sad. Jenny had to leave me to go get a little knowledge, 100 miles away in this place they call college. First couple months it was cool but then it changed. She never called and really acted like a strange, one day I called it was picked up by a man, I called again, she picked it up and said 'hey, that's just a friend.
You know, I know. What you been up to.
This guy in her study group's the one who picked up the call, helping her in chemistry with cyclohexanol. I got curious and asked her 'who else in you team?' She said 'Ali, Hassan, Noreen and Kareem'. The next week I thought of giving her a little surprise, but when in front of Jenny's dorm I couldn't believe my eyes. I say the same ugly van I saw in 93, I found her room but guess what a brother had to see? A fella half naked with my girl on the couch and baby Jenny moaning ugrh..ugrh.. ahh.. and ouch. So please listen to the message that I sing don't ever talk to a girl who says she just has a friend.
A lil Casanova pimp, man i had my flings hoodrats to goodie hoodies I was lil' player king, I tell you when. My final years in 96, this honey new in school joined my class, she really sick. She made her pinafore look like a dress from Rodeo, and clean white shoes looking Ferra than Gamo's, and white house seemed white that everybody else's just like them ads on TV man, this honey was the nicest. I had to step up my game and I told her my name, she said her name was Wanda. I found out that we lived on the same street, she moved in 5 blocks down and after 3 dates and 6 banana splits I had it locked down. we was tight but had this lil's problem though, because Wanda always acted funny when with Mary Joe, but when I caught them kissing it wasn't funny, no more. Baby smiled and just said she's just a friend...
My fault? Okay, thank you teacher :(
~phared shakur~
Posted by PHARED SHAKUR at 1:27 AM 0 comments
Thursday, May 9, 2013
cruX tOuch
CARs, nothing I drive can drive you out of this state of mind. For such an ugly picture and MONEY, nothing I can buy more time for your ears to tell your heart to listen to it. DIAMONDS, a girls best friend is what they say but believe me with the right allegiance shorty you gonna shine anyways, and everyday that goes by is a couple more lines in your diary, the day before is better than the present. No reason to be around, your mind in the clouds.
~phared shakur~
Posted by PHARED SHAKUR at 12:52 AM 0 comments
Monday, April 29, 2013
celOteh si murai
Assalamualaikum di sana, mencari cerita atau bahan kisah jenaka? Kita tidak serupa tetapi teknologi hujung jari itu tetap sama, ada suara keldai yang berkata itu adalah masalah tetapi jangan melenting kerana itulah hakikat yang sedang bermaharajalela. Hari ini mungkin ada yang berasa lelah, kerana melihat keadaan dunia yang tenat dengan pancaroba. Apa khabar si pemburu informasi? Kita bertemu kembali walaupun hanya mengintai di sebalik tirai skrin yang berada di sisi. Tiada kisah yang menarik untuk dikongsikan dalam tenunan songket ruangan media ini. Pertembungan budaya media tradisional dan baru adalah satu peperangan yang unik untuk disisipkan dalam lembaran kehidupan moden pada hari ini. Corak tenunan yang digunakan dalam menyampaikan maklumat mungkin sedikit berbeza, namun mampu untuk mengembangkan pemikiran yang kritis dalam setiap degupan dada manusia. Adakah kita berada di sini untuk menjernihkan dosa atau mencerahkan pahala yang dikendong? Tepuk dada tanyalah iman tentang apa yang telah kita lakukan.
![]() |
| tiada kena mengena dengan story ini :) |
Memang benar kita masih muda dan perasaan memberontak itu masih ada, tetapi cuba fikir sejenak, adakah perbuatan kita itu dapat meredakan kerisauan ibu bapa kita atau menambah kekusutan dalam kepala mereka? Mereka mahukan yang terbaik untuk diri kita, segala kesusahan dan masalah yang mereka alami kemungkinan kita tidak tahu, kerana mereka tidak mahu kita risau akan apa yang sedang mereka tempuhi. Segala kemudahan dan keinginan kita, sedia mereka penuhi dan turutkan, jadi janganlah kita balas dengan herdikan atau perkataan yang akan menyakitkan hati mereka. Bukan hanya dengan ibu bapa sahaja kita perlu berbuat sedemikian tetapi dengan nenek dan atuk juga, kita perlu lakukan perkara yang serupa. Atuk dan Nenek juga menjaga kita semasa masih kecil dan berikan kasih sayang yang lebih dominan berbanding saudara mara yang lain.
Jagalah perasaan ibu dan bapa kita, jika ada kelapangan urutlah badan mereka, bahu, kaki atau tangan mereka semasa mempunyai masa santai dirumah. Perkara seperti ini boleh mengeratkan hubungan antara kita dengan mereka, jangan berasa malu. Perbuatan seperti itu tidak akan membuat kita menyesal sewaktu mengiringi jenazah mereka ke tanah perkuburan nanti. Walaupun keadaan fizikal mereka sihat dan masih tegap, tindakan yang kita lakukan itu adalah sebagai satu cara untuk kita mengeksperisikan rasa kasih sayang kita terhadap mereka. Perbuatan yang mudah itu mampu membuat setiap orang disekeliling kita berfikir dan menyanjungnya. Jangan kita menyesal dikemudian hari kerana buruk laku diri kita terhadap diri mereka yang membesarkan kita sejak dari bayi lagi.
Jadilah seorang anak yang sentiasa berfikir untuk kebaikan ibu dan bapa, serta bimbinglah adik beradik yang lain agar menjadi anak yang lebih baik daripada sebelum ini. Biar ibu bapa menangis kerana kebaikan kita terhadap mereka. Maaf saya juga manusia yang banyak kelemahan, namun tekad yang saya simpulkan adalah untuk terus berbakti kepada ibu bapa dan datuk saya selagi hayat mereka dikandung badan. Sekian terima kasih. Assalamualaikum :)
~phared shakur~
Posted by PHARED SHAKUR at 7:31 PM 0 comments
Thursday, April 18, 2013
cinta
Assalamualaikum dan salam sejahtera dihulurkan membuka bicara, salam ukhwah persahabatan menyinarkan mahabbah antara kita. Hari ini kita telah tiba ke hari Jumaat, iaitu Penghulu Segala Hari. Syukur Alhamdulillah kerana kita semua sentiasa mampu untuk mengurus masa dan sentiasa berkesempatan untuk membaca surah Hati Al-Quran iaitu Yaasin dan juga disambung dengan Surah Al-Kahfi. Jika kita mengingati Allah, Dia juga akan mengingati kita. Mantapkan cinta kepada Allah dan Rasulullah, insyaAllah anda akan berkeupayaan dalam menguruskan cinta sesama manusia. InsyaAllah.
Bagaimana situasi cinta anda pada masa kini? Bahagia? Curiga? Banyak konflik? Atau terpendam di dalam hati? Semua insan ingin merasai nikmat cinta, rasa disayangi dan menyayangi. Cinta juga melibatkan jarak antara dua individu yang sedang mengalami perasaan indah tersebut. Terdapat pasangan yang jarak antara mereka adalah dekat tetapi sukar untuk berjumpa antara satu sama lain dan memakan masa bertahun untuk berjumpa serta keluar bersama. Perhubungan mereka sekadar melalui khidmat pesanan ringkas dan panggilan telefon. Terdapat juga pasangan yang jarak antara mereka adalah jauh, tetapi sentiasa ada kemudahan untuk berjumpa dan keluar bersama. Mereka mempunyai masa untuk berjumpa walaupun lokasi pusat belajar mereka atau rumah di antara mereka adalah jauh. Inilah dikatakan dugaan dalam perhubungan. Curiga terhadap pasangan anda adalah perlu, tetapi jangan secara berlebihan kerana ia boleh menjejaskan keharmonian hubungan anda dengan pasangan yang telah lama atau baru terbina.
Apabila berjauhan pasti perasaan rindu menebal dan apa yang dilakukan seharian serba tidak kena, terutama apabila jarak memisahkan kalian dengan pasangan dan hanya kesetiaan dan kepercayaan yang menemani agar diri tidak berterusan merindui. Waktu tidur juga terbayang-bayang wajah si dia seolah sedang bercakap, menari dan sedang bermain gitar dengan lunak suara, membuatkan perasaan seseorang itu membuai terutama bagi yang sedang hangat bercinta sehingga emak di dapur panggil pun tidak diendahkan. Kata-kata indah yang pernah dilontarkan juga sering terngiang-ngiang di telinga dan nama seolah diseru oleh si dia yang berlegar di kotak minda. Sebelum ini tempat berjumpa menjadi lambang cinta apabila melihat saja tempat pernah berkasih mesti hati terus teringat kepadanya. Kini jarak yang memisahkan anda dengan pasangan, seorang di timur dan seorang lagi di barat. Maklumlah nak berjumpa memang mustahil, tambahan pula pasangan berada di luar negara menyambung pengajian.
Cinta jarak jauh banyak dialami kepada mereka yang sedang bekerja atau belajar yang berlainan tempat, lalu menyebabkan mereka susah untuk berjumpa bagi melepaskan rindu. Namun awas apabila berjumpa, jangan berlebih-lebih pula, mesti sentiasa ingat dosa dan pahala serta haram dan halal yang sentiasa berada di sekeliling kita. Kes cinta jarak jauh ini memang biasa terjadi dalam kalangan masyarakat kita, ada yang berkahwin dan hubungan kekal sehingga nafas terakhir. Namun ada juga yang putus di tengah jalan, kekasih dirampas pihak ketiga, cinta beralih arah dan memilih perpisahan sebagai jalan penyelesaian. Cinta jarak jauh menuntut kepercayaan yang tinggi dan kesetiaan haruslah ada dalam jiwa pasangan masing-masing kerana ia tidak mudah ditangani. Percaya kepada pasangan supaya tidak timbul isu cemburu buta apabila pasangan rapat dengan orang di sekelilingnya. Sebelum meneroka ke dunia yang lain tetapkan harapan terhadap cinta yang terbina agar hubungan itu kekal dan mempunyai batasan dalam berkawan supaya tidak berlaku pergaduhan di antara anda dan pasangan. Banyak kes perceraian dan putus cinta terjadi kerana tidak ada batasan dalam berkawan terutama apabila mempunyai pasangan yang kuat cemburu dan anda mestilah jujur dalam menjalinkan hubungan cinta ini dan tidak sesekali menipu apabila kantoi curang , barulah sibuk memujuk si dia kembali, sesal pun sudah tidak berguna.
Apabila anda dan pasangan berjauhan, jika terserempak dengan lelaki atau wanita yang lebih cantik, kacak dan baik, katakan kepada diri anda bahawa anda sudah mempunyai pasangan yang baik serta lelaki dan wanita tadi adalah kepunyaan orang lain. Jadikan ia sebagai amalan dalam perhubungan anda dan secara langsung ia dapat mengekalkan kesetiaan anda terhadap pasangan. InsyaAllah. Kebanyakkan orang yang memutuskan hubungan, menggunakan jarak sebagai alasan, padahal hati yang tidak kuat dalam menahan godaan orang lain. Ketika berjauhan juga air mata akan menjadi teman setia akibat rindu yang teramat sangat. Mereka yang bijak dalam berhubungan juga mengambil kesempatan apabila berjauhan untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati kerana bila dekat memang payah hendak luahkan perasaan tetapi bila jauh pula, perasaan rindu itu mudah untuk diluahkan. Contohnya memberikan surat atau E-Mail dengan kata-kata puisi cinta dan mengimbas kembali nostalgia lama ketika mula-mula bercinta barulah kasih sayang yang dibina lebih kukuh.
Secara tuntasnya di sini, jarak bukan penghalang anda untuk berhubung tetapi cara dan kurang memahami pasangan masing-masing menjadi penyebab utama. Tidak ada apa yang perlu digusar andai berjauhan cuma perlu lebih berikan komited terhadap pasangan agar dapat membina sebuah perhubungan yang siaht dan berkekalan. Marilah kita bersama menumbuk dada kita dan tanya akan selera kita dalam menguruskan perhubungan cinta. wassalam :)
~phared shakur
Posted by PHARED SHAKUR at 6:45 PM 0 comments
Wednesday, April 17, 2013
note to houri
Fate control who walks into your life, but you decide who you let walk out and who you refuse to let go. True love starts somewhere, my love for you is like time. If you give it just one moment it will lost forever. All my love is now and forever, i LOVE you dear and love is much like a wild rose, beautiful and calm but willing to draw blood in its defense. When one door of happiness closes, another opens but often we look so long at the closed door that we do not see the one which has opened for us. I started loving you before I knew even half the reasons why I should. imagine how much I loving you now. From morning's first light to evening's last star, always remember how special you are. I may not say it often, but I want you to know that there's nothing more special to me in this world, than having you by my side. Always thinking of you. I'll always be beside you until the very end, wiping all your tears away, being your best friend. I'll smile when you smile and feel all the pain you do and if you cry a single tear, I promise I'll cry too.
~phared shakur~

BIG Phamily
Posted by PHARED SHAKUR at 2:26 AM 0 comments
Monday, April 15, 2013
Jerusalem
For many centuries Jerusalem was home to Muslims. Christians and Jews living in harmony and peacefully side-by-side. The seventh century Dome of the Rock is the place where Prophet Muhammad ascended to heaven to meet with Allah. It is the next to the Al-Aqsa mosque, the third holiest mosque in Islam. The Church of the Holy Sepulchre is perhaps the most sacred of the many Christian sites in the Old City. Jews pray at the Western Wall, believed to b part of Herod's Temple. As an international place for pilgrimage, Jerusalem was for centuries at the heart of Palestinian religious and social life for Muslims, Christians and Jews and the hub of the Palestinians economy. The future of Jerusalem is vital for the future of the state of Palestine. When the state of Israel was declared in 1948, the United Nations designated Jerusalem as an international zone, lying in the heart of the future intended Palestinian state. However in 1967, Israel occupied the West Bank, Gaza Strip and what remained of Jerusalem. This illegal annexation is not recognized by the international community but Israel defied UN Resolution 242 to withdraw from Jerusalem and the Occupied Territories. The European Union Missions Report 2005 states "Israel's main motivation is almost certainly demographic, to reduce the Palestinian population of Jerusalem, while exerting efforts to boost the number of Jewish Israelis living in the city". This is an apartheid policy to destroy the ethnic, cultural and religious diversity that Jerusalem has enjoyed in the past. Almost completed in Jerusalem, it is the most visible form of Israel's Apartheid inhumane acts of racism. Despite the UN Resolution of 2004, which called on Israel to dismantle the Wall, it cuts deep into Palestinian communities, expropriating their fertile lands and water resources and handing them to Israeli settlers colonizing the area. Palestinian towns and villages are being turned into disconnected ghettos subject to military incursions, total closures and arbitrary curfews.
Posted by PHARED SHAKUR at 7:52 PM 0 comments
Sunday, April 14, 2013
mY name iS?
Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua umat manusia yang beragama Islam. Salam sejahtera diucapkan kepada semua rakan-rakan dalam talian yang sentiasa aktif dalam menyelongkar ilmu maklumat di alam maya. Syukur alhamdulillah kita masih diberikan ruang untuk berkarya dan meminjam nafas di dunia yang bersifat sementara ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, anak adalah amanah kepada kedua-dua ibu bapa yang perlu dipelihara dan perlu diberi pendidikan sebaiknya supaya menjadi insan berguna untuk agama, keluarga, bangsa dan negara. Islam agama yang syumul mengajar kita perkara sunat perlu dilakukan ketika lahirnya seorang bayi. Antara amalan sunat itu ialah azan dan iqamah, tahnik, menguruskan uri bayi yang baru lahir dengan betul dan memberikan nama yang baik kepada anak. Pemilihan nama yang elok dan baik kepada anak adalah perkara yang perlu diambil berat oleh ibu bapa. Tetapi apa yang berlaku pada zaman moden ini, nama juga turut menjadi moden. Nama yang dipilih kadang-kadang tidak ada maksud atau membawa maksud tidak baik. Contohnya, memberi nama hasil gabungan nama pasangan yang kemungkinan membawa maksud tidak elok, dan juga bunyi yang pelik.
![]() |
| Asyraft The Tukang Gigit |
Islam menganjurkan kita memilih nama yang baik maknanya kerana nama akan memberi kesan kepada diri seseorang Muslim. Nabi Muhammad S.A.W amat menggalakkan kita menamakan anak dengan nama yang baik dan melarang daripada nama tercela dan boleh menjatuhkan kehormatan anak itu nanti.Nama yang dianjurkan Islam iaitu nama yang diambil daripada Asmaul Husna seperti Abdullah dan Abdul Rahman. Nama-nama yang paling disukai Allah s.w.t ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Jika nama Allah s.w.t yang dipilih mestilah dimulakan Abdul yang membawa maksud hamba. Kita juga digalakkan memilih nama-nama nabi. Selain itu nama para sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan ramai lagi, juga boleh dijadikan pilihan untuk nama anak. Mereka semua adalah antara orang yang dekat dengan Rasulullah s.a.w, ahli ibadah, teguh agamanya, sangat mencintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta bersungguh-sungguh mempertahankan agama Islam. Untuk bayi perempuan pula, elok diberi nama daripada kalangan Ummatul Mukminin, bermaksud ibu kepada semua orang Mukmin iaitu isteri Rasulullah s.a.w seperti Khadijah, Aisyah dan Maimunah selain nama srikandi Islam seperti Fatimah, Maryam dan Sumayyah.
Walaupun terdapat banyak nama indah dan elok maknanya yang dianjurkan Islam, malangnya ada segelintir masyarakat sekarang menganggap nama itu sebagai ketinggalan dan kolot. Mereka cenderung dan lebih selesa dengan nama artis terkenal atau nama orang barat. Persepsi ini adalah salah dan perlu dibubah. Terdapat juga nama yang dilarang diberi kepada anak yang boleh menjatuhkan maruah seperti Jahil yang bermaksud bodoh, Kilab bermaksud anjing dan Majunun yang membawa erti gila. Mungkin ada yang suka dengar sebutan nama itu tetapi maknanya amat memalukan yang empunya nama. Nama yang dimulakan dengan Abdul (hamba) dan diikuti selain nama Allah s.w.t seperti Abdul Uzzah (hamba berhala Uzzah), Abdul Kaabah (hamba Kaabah) dan sebagainya adalah dilarang dan bercanggah dengan akidah kita. Kita adalah hamba Allah dan tiada yang selain-Nya.
Sebagai ibu bapa dan kepada bakal ibu bapa yang menanti kelahiran bayi mereka, anda perlu bertanggungjawab dan prihatin terhadap anak. Berhati-hati dalam memilih nama anak yang baru lahir dan dapatkanlah pandangan daripada ustaz, alim ulama atau mereka yang mahir dalam bahasa Arab untuk mendapatkan nama yang terbaik untuk anak-anak anda, kerana nama itu adalah satu doa daripada ibu bapa yang akan membentuk keperibadian akhlak mereka sehingga dewasa dan akhir hayat kelak. Semoga nama yang anda pilih itu akan membawa pengertian yang cukup besar dan memberi makna yang elok untuk anak-anak anda.
Sekian untuk kali ini, bertemu lagi pada lembaran yang akan datang dengan perkongsian buah fikiran yang baru. InsyaAllah semuanya datang daripada Allah. Salam :)
~phared shakur~
Posted by PHARED SHAKUR at 5:36 PM 0 comments
Tuesday, April 2, 2013
iman
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh penduduk elektronik yang budiman. Teknologi yang maju pada hari ini, membuatkan dunia kelihatan seolah-olah semakin kecil untuk diterokai. Kita mampu untuk mempunyai sahabat dari seluruh pelusuk tanah air malah menjangkau ke seantero sfera dunia. Semua kemudahan dan teknologi yang digunapakai pada hari ini adalah ilmu Allah yang diaplikasikan oleh umat manusia. Sayangnya kecanggihan yang wujud pada hari ini dipelopori oleh masyarakat kafir yang ada sebahagiannya adalah musuh tegar umat Islam. Walaupun umat Islam dahulu dikenali dengan kebijaksanaan yang tinggi dan Islam sendiri mempunyai tokoh perubatan dan astronomi yang unggul tetapi semua sejarah yang benar itu ditenggelami oleh tokoh ilmuan barat. Hakikat yang sebenar adalah ilmu yang mereka miliki itu, telah mereka ambil dari umat Islam sendiri. Panjang berjela pula saya bercerita di gedung informasi ini. Saya cuma ingin menyatakan bahawa, dunia ini pantas berubah dan sikap manusia juga berubah. Saya yakin muslim di luar sana sentiasa ingin berubah untuk menjadi lebih baik dalam hidup mereka. IMAN adalah kunci kepada seluruh perubahan dalam setiap lapangan kehidupan seseorang muslim itu.
| JoM iMARAHkan MasjiD |
Dalam bingkisan-bingkisan terdahulu saya kerap mengulang terbit tentang solat. Solat itu amat penting kepada setiap individu yang bergelar seorang muslim. Solat itu adalah tiang agama yang terkandung di dalam rukun ISLAM. Kita tidak boleh menafikan tentang kepentingan solat kerana ia adalah wajib untuk dikerjakan 5 kali sehari semalam. Bermula daripada waktu Subuh hingga ke waktu Isyak. Solat di awal waktu itu adalah lebih afdhal dan kita dilarang daripada melambat-lambatkan solat. Solat itu adalah waktu di mana kita berdialog kepada Allah dan mengakui keESAan-Nya yang telah mentadbir Alam ini serta menentukan pertukaran siang dan malam. Bagi golongan lelaki, kita dituntut untuk mengerjakan solat di rumah-rumah Allah dan mengimarahkannya dengan mendirikan solat secara berjemaah. Tahap keimanan seseorang itu boleh kita perhatikan melalui sikapnya dan tanggungjawabnya kepada Allah yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Masjid-masjid dan surau akan penuh dengan para jemaah dari waktu solat Subuh hingga ke waktu Isyak dan itu menggambarkan tahap keimanan seorang muslim yang tinggi kepada Penciptanya. Hidup kita ini adalah untuk mengharapkan keredhaan Allah dan kita wajib untuk beribadat kepada-Nya. Namun hari ini kita melihat individu muslim lebih gemar untuk bersolat di rumah dan tidak mahu mengimarahkan rumah Allah. Masjid hanya penuh pada hari Jumaat untuk mereka menunaikan solat Jumaat, tetapi mereka tiba lewat dan tidak memenuhkan saf hadapan. Sayang sungguh ramai dikalangan kita lebih mementingkan pekerjaan dunia yang bersifat sementara.
Suatu hari yang pasti kita semua akan mati cuma masa ianya berlaku kita tidak tahu kerana semua itu adalah rahsia Allah. Apabila kita berada di dalam liang lahad, dua Malaikat akan datang kepada kita untuk bertanyakan beberapa soalan. Semua jasad yang telah disemadikan akan mengalami detik itu. Kita wajib untuk menjawab semua soalan yang ditanya tersebut, cuma harus kita tahu bukan kita yang menjawab soalan itu kerana kita telah mati tetapi yang menjawabnya adalah IMAN kita. Jika iman kita kuat, InsyaAllah kita akan dapat menjawabnya. Semasa talkin dibacakan, imam sudah pun memberi kita jawapan dari atas dan memberitahu soalan bocor kepada kita, hanya kita perlu menjawab dan mengikut apa yang imam telah beritahu. Tetapi sekali lagi saya tegaskan, jika iman kita kurang walaupun sudah mempunyai jawapan yang tepat kita tetap tidak akan dapat menjawabnya. Ingatlah tuan-tuan sekalian, sebagai muslim kita harus sedar akan kepentingan iman dalam diri. Saya hanya bertindak untuk berkongsi pengetahuan yang saya miliki bukanlah untuk menakutkan atau menunjuk hebat. Apabila kita meninggal dunia nanti tiga perkara yang akan mengiringi kita iaitu Ilmu yang bermanfaat, Harta yang disedekahkan dan juga Doa anak-anak yang soleh.
Setiap perkara baik yang ingin kita lakukan haruslah kita mengingati Allah dan didahulukan dengan nama Allah. Allah sentiasa memerhatikan perbuatan kita kerana Dia Maha Mengetahui. Iman dalam diri akan mendorong kita untuk membaca Al-Quran dan dijadikan sebagai budaya hidup harian. Kini ramai yang terasa berat hati untuk membasahkan lidah mereka dengan kalam suci Allah dan ada juga yang berlengah-lengah dalam melakukannya sehingga membuatkan mereka membatalkan niat mereka yang baik itu. Iman juga akan membuatkan kita sentiasa melakukan perkara yang bermanfaat dan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri serta kepada orang lain. Iman yang kurang dan jarang dipertingkatkan akan menjadikan seseorang cepat untuk berasa marah, panas baran dan melakukan pelbagai kemungkaran. Ini bukanlah perkembangan yang baik kerana hidup anda akan berasa tidak tenteram. Anda akan sentiasa diburu rasa gelisah dan hati akan sentiasa gundah-gulana dalam aktiviti harian hidup. Oleh itu mari kita bersama berusaha memperbaiki tahap keimanan diri dan meningkatkan amal ibadah kepada Allah s.w.t, Alhamdulillah.
Sampai di sini sahaja coretan informasi yang dapat saya kongsikan kepada anda semua. Saya bukanlah manusia yang sempurna dalam pelbagai aspek. Saya juga ada membuat silap dalam hidup serta tidak terlepas daripada dosa. Jika terdapat kesalahan dalam rencana yang saya paparkan, tegurlah saya demi kebaikan kita bersama, InsyaAllah. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk dan tidak benar itu datangnya daripada kekhilafan diri saya sendiri. Sekian, wassalam :)
~phared shakur~
Posted by PHARED SHAKUR at 8:12 PM 0 comments
Friday, March 29, 2013
i'M nOt hIs Cinderella
Dear Prince..
| tell it to my heart |
~phared shakur~
Posted by PHARED SHAKUR at 12:09 AM 0 comments
Wednesday, March 27, 2013
MinDa uSanG
| Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |
Alhamdulillah, pada minggu lalu sekali lagi saya telah selamat khatam Al-Quran. Syukur Alhamdulillah. Saya mengamalkan membaca Al-Quran setiap kali selepas solat fardhu. Namun jika saya menunaikan solat secara berjemaah di rumah Allah, saya akan membaca Kalamullah pada waktu tengah malam di rumah dan kemudian akan disambung dengan menunaikan solat sunat Hajjat. Saya tidak berniat untuk riak dengan apa yang saya lakukan, tetapi kita harus sedar bahawa lidah kita ini perlu dibasahkan dengan bacaan suci ayat Al-Quran. Bukan saya seorang sahaja yang mengamalkan tetapi saya yakin kamu di luar sana juga melakukan perkara yang serupa. Perkara yang baik itu, perlu kita kongsikan dan bukan disimpan hanya untuk diri sendiri. Kita sentiasa mempunyai masa untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana setiap manusia mendapat peruntukkan masa yang sama iaitu 24 jam sehari, bezanya antara kita bijak membahagikan masa itu dengan bijak atau pun tidak. Semua orang juga bekerja dan belajar serta mempunyai rasa penat seperti orang lain, tetapi adakah sukar untuk meluangkan 10-15 minit untuk berdialog kepada Allah dan memuji kekuasaannya? Apabila kita sudah meninggalkan dunia ini, kita tidak akan mempunyai sedikit pun peluang untuk kembali ke dunia untuk beramal ibadat. Marilah kita muhasabah diri dan melihat setiap kekurangan dalam diri, biarkan apa orang nak kata tentang perubahan diri kamu yang mendekatkan diri kepada Allah kerana kita sentiasa tidak akan mampu untuk memuaskan hati setiap individu yang lain.
Semua manusia mahu berjaya dalam hidup dan dalam setiap pekerjaan yang dia lakukan. Allah kurniakan kepada kita akal untuk meneroka ciptaan-Nya yang Maha Luas. Semua itu adalah ilmu yang perlu kita belajar. Tetapi akal kita ini terbatas dan tidak akan mampu untuk menandingi kebijaksanaan Allah. Jangan tersalah menggunakan kebijaksanaan dan anugerah akal yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Hari ini banyak kebinasaan telah berlaku di dunia mahupun dalam kehidupan sosial masyarakat. Ini adalah daripada sikap manusia itu sendiri kerana telah gagal dalam mengoptimumkan fungsi akal yang sebenar. Inilah tanda-tanda kiamat yang sudah muncul di akhir zaman. Jangan kita terus leka dan lalai dengan keindahan hidup di dunia ini ternyata bersifat sementara sahaja. Dalam setiap perbuatan, kita perlu mendapatkan restu daripada ibu dan bapa yang telah mendidik dan membesarkan kita di dunia ini. Keredhaan Allah itu datang daripada restu kedua ibu bapa kita. Hargailah orang tua kita sementara hayat mereka masih ada di dunia ini dan jangan sesekali abaikan atau sia-siakan setiap pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk diri kita. Tanpa restu mereka, kita tidak akan berjaya, tenteram ataupun bahagia. Ibu dan bapa sentiasa mendoakan kejayaan serta kebaikan untuk diri kita, tanyalah kepada hati anda sendiri adakah anda sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup mereka di dunia dan akhirat dalam setiap 5 waktu sehari semalam?
Jika anda berasa gusar dan gelisah, titipkanlah zikir di bibir dan lidah. Itu adalah lebih baik daripada anda mencari keseronokan yang bersifat sementara. Ini sahaja perkongsian minda
~phared shakur~
Posted by PHARED SHAKUR at 8:10 PM 0 comments







