Assalamualaikum
Wawasan 2020 mula dicanangkan dalam
landasan sejarah Malaysia hampir 30 tahun yang lalu oleh Perdana Menteri
Malaysia yang ke-4 dan ke-7 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad. Hari ini pada
tanggal 21 Mac 2020, kelihatan Wawasan yang ditatang itu seakan tidak mencapai
objektif yang digembar-gemburkan sebelum ini. Namun itu hanyalah sekilas
pandangan terhadap sasaran jangka panjang yang pernah disaksikan oleh jutaan
rakyat Malaysia suatu ketika dahulu. Susunan abjad yang ingin diterjemahkan pada hari ini bukanlah
untuk berdiskusi berkenaan Wawasan 2020 namun apa yang ingin disampaikan adalah
berkaitan wabak penyakit Corona Virus atau Covid-19 yang sedang melanda
Malaysia dan seluruh dunia secara umumnya.
Corona Virus @ Covid-19 didapati mula wujud
pada bulan Disember 2019 dan tapak pertemuan awal serangan wabak ini adalah di
negeri Wuhan, China. Sehingga ke tarikh artikel ini ditulis wabak maut ini
sudah meragut lebih daripada 10 ribu nyawa di seluruh dunia dengan angka
tertinggi adalah di negara China dan diikuti oleh negara Itali. Kedua-dua
negara ini setiap satunya sudah mencatat angka kematian melebihi 3 ribu orang.
Itali juga sudah memintas China untuk menduduki tempat pertama di dunia yang
memiliki mangsa kematian tertinggi di dunia. Keseluruhan mangsa jangkitan yang
positif Covid-19 adalah melebihi 80 ribu orang diseluruh dunia, dan saban hari
angka mereka yang dijangkiti terus meningkat. Itali yang memiliki kapasiti
rakyat seramai 60 juta orang sudah memasuki gelombang ke-6 untuk wabak Covid-19
ini, dan kerana itu angka kematian di negara itu kian meningkat. Di negara
Iran, Tehran menyatakan bahawa nisbah kematian mangsa Covid-19 di negara itu
adalah seorang dalam setiap 10 minit. Ini menunjukkan bahawa wabak ini sudah
menjadi masalah sejagat yang mengancam nyawa manusia di seantero dunia.
Pelbagai langkah mula diambil oleh setiap
negara dalam usaha untuk membendung wabak ini daripada terus merebak dan
membunuh setiap nyawa di dunia ini. Malaysia juga tidak terkecuali
mempraktikkan langkah proaktif untuk mengurangkan masalah jangkitan Covid 19.
Pada tanggal 16 Mac 2020 (Isnin), Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri
Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18
Mac 2020 - 31 Mac 2020. Perintah Kawalan Pergerakan ini telah menyaksikan
hampir semua sektor pekerjaan kerajaan dan swasta di dalam Malaysia memberikan
pekerja mereka cuti bergaji selama 2 minggu. Ini kerana sepanjang Perintah
Kawalan Pergerakan rakyat diminta untuk kekal duduk dirumah tanpa melakukan
aktiviti luar rumah dalam usaha untuk mengurangkan kes jangkitan Covid-19 di
dalam negara. Sehingga ke tarikh hari ini, Malaysia sudah mencatatkan 8
kematian mangsa Covid-19. Namun disebalik perintah kerajaan yang telah
dikuatkuasakan itu masih terdapat rakyat Malaysia yang degil dan masih
mengambil kesempatan terhadap cuti yang diberikan selama 2 minggu itu untuk
pulang ke kampung halaman serta tidak kurang yang bercuti bersama keluarga.
Perintah Kawalan Pergerakan yang hampir memasuki satu minggu ini mengikut
pemerhatian pihak berkuasa hanya mencatat 60% keberkesanan di kalangan rakyat
yang mematuhi perintah tersebut dan selebihnya masih lagi ingkar. Makluman yang
disampaikan oleh pihak kerajaan, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini
rakyat diminta untuk menangguhkan aktiviti perkahwinan, keagamaan, percutian,
kerja, dan sekiranya ada kematian ia tidak dilakukan bacaan tahlil di rumah.
Solat Jumaat sepanjang 2 minggu ini juga tidak diadakan dan diganti dengan
solat Zohor yang perlu dilakukan dirumah. Aktiviti solat berjemaah di
rumah-rumah Allah juga tidak dilakukan atau dibuat dalam jumlah jemaah yang
kecil serta singkat.
Bertitik-tolak daripada kedegilan
segelintir rakyat Malaysia yang masih buta minda, hari ini pada tanggal 21 Mac
2020, hari ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan dan 33 hari menjelang sambutan
bulan Ramadhan 1441H, kerajaan memaklumkan bahawa pada 22 Mac 2020 (Ahad) pihak Polis
Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia akan berkolaborasi secara
bersepadu dalam sekatan jalan raya di seluruh Malaysia dalam usaha untuk
mengekang aliran bebas rakyat Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Sepanjang perintah ini rakyat masih lagi boleh keluar daripada rumah untuk
membeli barang keperluan harian namun harus membataskan pergerakan mereka. Ini
hanya tertakluk untuk tempoh 2 minggu sahaja kerana mengikut kajian, tempoh
hayat inkubasi Covid-19 adalah selama 14 hari. Jika peringkat awal Perintah
Kawalan Pergerakan, hanya anggota Polis Diraja Malaysia sahaja yang membuat
rondaan dan sekatan namun pada hari kelima perintah tersebut, mereka akan
disertai oleh Angkatan Tentera Malaysia. Harus diingat penglibatan ATM bukan
bermaksud Malaysia mengisytiharkan darurat tetapi ia adalah kerjasama bersepadu
agensi kerajaan dalam menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan dan untuk mengekang
penularan musuh yang tidak dapat dilihat ini. Untuk mereka yang bekerja
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, mereka perlu mendapatkan surat
pengesahan daripada organisasi yang diwakili sebagai makluman dan bukti kepada
pihak berkuasa sekiranya ditahan dalam sekatan.
Rakyat Malaysia perlu memahami akan usaha
kerajaan yang sedang dijalankan ini. Sekiranya kadar patuh seluruh rakyat
Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini masih lagi sekitar 60%-70%
sahaja, maka kerajaan berkemungkinan akan mempertimbangkan untuk menambah cuti
mandatori tersebut sebanyak 2 minggu lagi sehingga keberkesanannya dapat
dilihat dan kes jangkitan Covid-19 menurun. Ini bermaksud bebanan kerja anda
akan bertambah apabila kembali memulakan tugas di organisasi anda. Kita perlu
berusaha untuk menjadi rakyat Malaysia yang patuh dan sayangkan masyarakat
sekeliling. Tempoh 2 minggu ini akan berlalu pergi namun biarkan ia berakhir
dengan kejayaan.
Ramai yang merungut berasa bosan duduk
dirumah dan tidak boleh buat apa-apa yang menyeronokkan seperti membeli-belah,
menonton wayang, dan berjumpa kawan-kawan, sebenarnya pelbagai aktiviti dalam
rumah yang anda boleh lakukan bersama keluarga atau secara bersendirian. Anda
boleh membaca buku, akhbar, menonton televisyen bersama keluarga, bersihkan
halaman dan dalaman rumah, menulis blog, senaman ringan dalam rumah serta
pelbagai aktiviti kemahiran atau ilmiah yang lain. Persoalan yang anda perlu
lihat sama ada anda mahu ataupun tidak untuk melakukan semua itu. Alasan tidak
akan membantu anda untuk berjaya namun usaha adalah tunjang kejayaan untuk kita
semua.
Di akhir kalam, saya menyeru seluruh rakyat
Malaysia agar tidak bersikap pentingkan diri sendiri. Berfikirlah secara matang
kerana tindakan anda mungkin boleh mengakibatkan diri anda dan keluarga
dijangkiti wabak Covid-19. Sekiranya anda masih lagi mahu melakukan aktiviti
luar tanpa menghiraukan perintah kerajaan, adalah diharap anda membunuh diri
kerana kebodohan anda akan merisikokan nyawa insan di sekeliling anda.
-Sekian-
0 comments:
Post a Comment