Assalamualaikum di sana, mencari cerita atau bahan kisah jenaka? Kita tidak serupa tetapi teknologi hujung jari itu tetap sama, ada suara keldai yang berkata itu adalah masalah tetapi jangan melenting kerana itulah hakikat yang sedang bermaharajalela. Hari ini mungkin ada yang berasa lelah, kerana melihat keadaan dunia yang tenat dengan pancaroba. Apa khabar si pemburu informasi? Kita bertemu kembali walaupun hanya mengintai di sebalik tirai skrin yang berada di sisi. Tiada kisah yang menarik untuk dikongsikan dalam tenunan songket ruangan media ini. Pertembungan budaya media tradisional dan baru adalah satu peperangan yang unik untuk disisipkan dalam lembaran kehidupan moden pada hari ini. Corak tenunan yang digunakan dalam menyampaikan maklumat mungkin sedikit berbeza, namun mampu untuk mengembangkan pemikiran yang kritis dalam setiap degupan dada manusia. Adakah kita berada di sini untuk menjernihkan dosa atau mencerahkan pahala yang dikendong? Tepuk dada tanyalah iman tentang apa yang telah kita lakukan.
tiada kena mengena dengan story ini :) |
Memang benar kita masih muda dan perasaan memberontak itu masih ada, tetapi cuba fikir sejenak, adakah perbuatan kita itu dapat meredakan kerisauan ibu bapa kita atau menambah kekusutan dalam kepala mereka? Mereka mahukan yang terbaik untuk diri kita, segala kesusahan dan masalah yang mereka alami kemungkinan kita tidak tahu, kerana mereka tidak mahu kita risau akan apa yang sedang mereka tempuhi. Segala kemudahan dan keinginan kita, sedia mereka penuhi dan turutkan, jadi janganlah kita balas dengan herdikan atau perkataan yang akan menyakitkan hati mereka. Bukan hanya dengan ibu bapa sahaja kita perlu berbuat sedemikian tetapi dengan nenek dan atuk juga, kita perlu lakukan perkara yang serupa. Atuk dan Nenek juga menjaga kita semasa masih kecil dan berikan kasih sayang yang lebih dominan berbanding saudara mara yang lain.
Jagalah perasaan ibu dan bapa kita, jika ada kelapangan urutlah badan mereka, bahu, kaki atau tangan mereka semasa mempunyai masa santai dirumah. Perkara seperti ini boleh mengeratkan hubungan antara kita dengan mereka, jangan berasa malu. Perbuatan seperti itu tidak akan membuat kita menyesal sewaktu mengiringi jenazah mereka ke tanah perkuburan nanti. Walaupun keadaan fizikal mereka sihat dan masih tegap, tindakan yang kita lakukan itu adalah sebagai satu cara untuk kita mengeksperisikan rasa kasih sayang kita terhadap mereka. Perbuatan yang mudah itu mampu membuat setiap orang disekeliling kita berfikir dan menyanjungnya. Jangan kita menyesal dikemudian hari kerana buruk laku diri kita terhadap diri mereka yang membesarkan kita sejak dari bayi lagi.
Jadilah seorang anak yang sentiasa berfikir untuk kebaikan ibu dan bapa, serta bimbinglah adik beradik yang lain agar menjadi anak yang lebih baik daripada sebelum ini. Biar ibu bapa menangis kerana kebaikan kita terhadap mereka. Maaf saya juga manusia yang banyak kelemahan, namun tekad yang saya simpulkan adalah untuk terus berbakti kepada ibu bapa dan datuk saya selagi hayat mereka dikandung badan. Sekian terima kasih. Assalamualaikum :)
~phared shakur~
0 comments:
Post a Comment