BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 18, 2013

cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera dihulurkan membuka bicara, salam ukhwah persahabatan menyinarkan mahabbah antara kita. Hari ini kita telah tiba ke hari Jumaat, iaitu Penghulu Segala Hari. Syukur Alhamdulillah kerana kita semua sentiasa mampu untuk mengurus masa dan sentiasa berkesempatan untuk membaca surah Hati Al-Quran iaitu Yaasin dan juga disambung dengan Surah Al-Kahfi. Jika kita mengingati Allah, Dia juga akan mengingati kita. Mantapkan cinta kepada Allah dan Rasulullah, insyaAllah anda akan berkeupayaan dalam menguruskan cinta sesama manusia. InsyaAllah. 

Bagaimana situasi cinta anda pada masa kini? Bahagia? Curiga? Banyak konflik? Atau terpendam di dalam hati? Semua insan ingin merasai nikmat cinta, rasa disayangi dan menyayangi. Cinta juga melibatkan jarak antara dua individu yang sedang mengalami perasaan indah tersebut. Terdapat pasangan yang jarak antara mereka adalah dekat tetapi sukar untuk berjumpa antara satu sama lain dan memakan masa bertahun untuk berjumpa serta keluar bersama. Perhubungan mereka sekadar melalui khidmat pesanan ringkas dan panggilan telefon. Terdapat juga pasangan yang jarak antara mereka adalah jauh, tetapi sentiasa ada kemudahan untuk berjumpa dan keluar bersama. Mereka mempunyai masa untuk berjumpa walaupun lokasi pusat belajar mereka atau rumah di antara mereka adalah jauh. Inilah dikatakan dugaan dalam perhubungan. Curiga terhadap pasangan anda adalah perlu, tetapi jangan secara berlebihan kerana ia boleh menjejaskan keharmonian hubungan anda dengan pasangan yang telah lama atau baru terbina. 

Apabila berjauhan pasti perasaan rindu menebal dan apa yang dilakukan seharian serba tidak kena, terutama apabila jarak memisahkan kalian dengan pasangan dan hanya kesetiaan dan kepercayaan yang menemani agar diri tidak berterusan merindui. Waktu tidur juga terbayang-bayang wajah si dia seolah sedang bercakap, menari dan sedang bermain gitar dengan lunak suara, membuatkan perasaan seseorang itu membuai terutama bagi yang sedang hangat bercinta sehingga emak di dapur panggil pun tidak diendahkan. Kata-kata indah yang pernah dilontarkan juga sering terngiang-ngiang di telinga dan nama seolah diseru oleh si dia yang berlegar di kotak minda. Sebelum ini tempat berjumpa menjadi lambang cinta apabila melihat saja tempat pernah berkasih mesti hati terus teringat kepadanya. Kini jarak yang memisahkan anda dengan pasangan, seorang di timur dan seorang lagi di barat. Maklumlah nak berjumpa memang mustahil, tambahan pula pasangan berada di luar negara menyambung pengajian.

Cinta jarak jauh banyak dialami kepada mereka yang sedang bekerja atau belajar yang berlainan tempat, lalu menyebabkan mereka susah untuk berjumpa bagi melepaskan rindu. Namun awas apabila berjumpa, jangan berlebih-lebih pula, mesti sentiasa ingat dosa dan pahala serta haram dan halal yang sentiasa berada di sekeliling kita. Kes cinta jarak jauh ini memang biasa terjadi dalam kalangan masyarakat kita, ada yang berkahwin dan hubungan kekal sehingga nafas terakhir. Namun ada juga yang putus di tengah jalan, kekasih dirampas pihak ketiga, cinta beralih arah dan memilih perpisahan sebagai jalan penyelesaian. Cinta jarak jauh menuntut kepercayaan yang tinggi dan kesetiaan haruslah ada dalam jiwa pasangan masing-masing kerana ia tidak mudah ditangani. Percaya kepada pasangan supaya tidak timbul isu cemburu buta apabila pasangan rapat dengan orang di sekelilingnya. Sebelum meneroka ke dunia yang lain tetapkan harapan terhadap cinta yang terbina agar hubungan itu kekal dan mempunyai batasan dalam berkawan supaya tidak berlaku pergaduhan di antara anda dan pasangan. Banyak kes perceraian dan putus cinta terjadi kerana tidak ada batasan dalam berkawan terutama apabila mempunyai pasangan yang kuat cemburu dan anda mestilah jujur dalam menjalinkan hubungan cinta ini dan tidak sesekali  menipu apabila kantoi curang , barulah sibuk memujuk si dia kembali, sesal pun sudah tidak berguna. 

Apabila anda dan pasangan berjauhan, jika terserempak dengan lelaki atau wanita yang lebih cantik, kacak dan baik, katakan kepada diri anda bahawa anda sudah mempunyai pasangan yang baik serta lelaki dan wanita tadi adalah kepunyaan orang lain. Jadikan ia sebagai amalan dalam perhubungan anda dan secara langsung ia dapat mengekalkan kesetiaan anda terhadap pasangan. InsyaAllah. Kebanyakkan orang yang memutuskan hubungan, menggunakan jarak sebagai alasan, padahal hati yang tidak kuat dalam menahan godaan orang lain. Ketika berjauhan juga air mata akan menjadi teman setia akibat rindu yang teramat sangat. Mereka yang bijak dalam berhubungan juga mengambil kesempatan apabila berjauhan untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati  kerana bila dekat memang payah hendak luahkan perasaan tetapi bila jauh pula, perasaan rindu itu mudah untuk diluahkan. Contohnya memberikan surat atau E-Mail dengan kata-kata puisi cinta dan mengimbas kembali nostalgia lama ketika mula-mula bercinta barulah kasih sayang yang dibina lebih kukuh.

Secara tuntasnya di sini, jarak bukan penghalang anda untuk berhubung tetapi cara dan kurang memahami pasangan masing-masing menjadi penyebab utama. Tidak ada apa yang perlu digusar andai berjauhan cuma perlu lebih berikan komited terhadap pasangan agar dapat membina sebuah perhubungan yang siaht dan berkekalan. Marilah kita bersama menumbuk dada kita dan tanya akan selera kita dalam menguruskan perhubungan cinta. wassalam :)

~phared shakur

0 comments: