BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 6, 2013

Just a Friend

Hello fellas, this is Phared Shakur on screen. we meet again after a month, and thanks to Allah because my pain has drift away. I just want share to you guys about the essay that I've wrote during my school time in SPM trial. My English teacher thought that I backbite my discipline teacher have a sex with the student in school. I tried to explain to them but they won't believe me. Until now my essay, is still in a locker at the counselling room. Actually it just a inspiration from a Hip Hop song, presented by Too Phat. The lyric is planted in my brain, so I just took it as a situation to be express in my essay. From my view, in essay it just a imagination and we create it based on the requirements of the question. I do not take all the lyric but only the drama and situation it self. So why they put the blame as my shadow although I've explain about it? The song was release in Malaysia, so please put your eyes on every word. Now we start!

Have you ever met a girl that you thought was perfect, you waited for her years because you know she worth it, here's a little bit about this girl I knew since way back in pre school sometime in 82. She had two pony tails ands a front tooth missing with. Freckles on her cheeks because the mom Caucasian, up on a tree house is where we chilled together with carvings on the trunk saying friends forever. She the type who laugh when the normally cried and when they busy playing house, we playing bonnie and Clyde. In grade school everybody knew we partners in crime, we use bully kids in playgrounds like all the time we always seen holding hands to the principal's office. the naughtiest in town and could no other kid stop us. In high school she switched her desk next to mine, so we could cheat while doing pop quizzes all the time. 14th February 93, little Jenny said she had a big surprise for me, gave me the very first kiss and plus a ring and a card, and she said 'I love U'. So I gave her the rest of my heart. A couple weeks later called her house at 10, the mama said 'I thought you suppose with Jen', I quickly rushed to the crib, she got out of the van, I'm like ' who was that?' 'oh he just a friend'.

You, you got what I need, but you say he's just a friend.

So, I took Jenny's word for it at this time. I thought just having a friend, it couldn't be no crime, because even I have friend and baby that for show, just like Watson, Hailee, Baby Tash and Joe. So we never talked about that late snack with van man. We rather talk about the future we have planned and what to name our kids, Al-Tarique or Shaymar? Ayesha, or Tisha for a girl and maybe even bring our kids to that little tree house that we chilled at. But then in 94, I couldn't help it but feel sad. Jenny had to leave me to go get a little knowledge, 100 miles away in this place they call college.  First couple months it was cool but then it changed. She never called and really acted like a strange, one day I called it was picked up by a man, I called again, she picked it up and said 'hey, that's just a friend.

You know, I know. What you been up to.

This guy in her study group's the one who picked up the call, helping her in chemistry with cyclohexanol. I got curious and asked her 'who else in you team?' She said 'Ali, Hassan, Noreen and Kareem'. The next week I thought of giving her a little surprise, but when in front of Jenny's dorm I couldn't believe my eyes. I say the same ugly van I saw in 93, I found her room but guess what a brother had to see? A fella half naked with my girl on the couch and baby Jenny moaning ugrh..ugrh.. ahh.. and ouch. So please listen  to the message that I sing don't ever talk to a girl who says she just has a friend.

A lil Casanova pimp, man i had my flings hoodrats to goodie hoodies I was lil' player king, I tell you when. My final years in 96, this honey new  in school joined my class, she really sick. She made her pinafore look like a dress from Rodeo, and clean white shoes looking Ferra than Gamo's, and white house seemed white that everybody else's just like them ads on TV man, this honey was the nicest. I had to step up my game and I told her my name, she said her name was Wanda. I found out that we lived on the same street, she moved in 5 blocks down and after 3 dates and 6 banana splits I had it locked down. we was tight but had this lil's problem though, because Wanda always acted funny when with Mary Joe, but when I caught them kissing it wasn't funny, no more. Baby smiled and just said she's just a friend...


My fault? Okay, thank you teacher :( 

~phared shakur~

Thursday, May 9, 2013

cruX tOuch

CARs, nothing I drive can drive you out of this state of mind. For such an ugly picture and MONEY, nothing I can buy more time for your ears to tell your heart to listen to it. DIAMONDS, a girls best friend is what they say but believe me with the right allegiance shorty you gonna shine anyways, and everyday that goes by is a couple more lines in your diary, the day before is better than the present. No reason to be around, your mind in the clouds. 

~phared shakur~

Monday, April 29, 2013

celOteh si murai

Assalamualaikum di sana, mencari cerita atau bahan kisah jenaka? Kita tidak serupa tetapi teknologi hujung jari itu tetap sama, ada suara keldai yang berkata itu adalah masalah tetapi jangan melenting kerana itulah hakikat yang sedang bermaharajalela. Hari ini mungkin ada yang berasa lelah, kerana melihat keadaan dunia yang tenat dengan pancaroba. Apa khabar si pemburu informasi? Kita bertemu kembali walaupun hanya mengintai di sebalik tirai skrin yang berada di sisi. Tiada kisah yang menarik untuk dikongsikan dalam tenunan songket ruangan media ini. Pertembungan budaya media tradisional dan baru adalah satu peperangan yang unik untuk disisipkan dalam lembaran kehidupan moden pada hari ini. Corak tenunan yang digunakan dalam menyampaikan maklumat mungkin sedikit berbeza, namun mampu untuk mengembangkan pemikiran yang kritis dalam setiap degupan dada manusia. Adakah kita berada di sini untuk menjernihkan dosa atau mencerahkan pahala yang dikendong? Tepuk dada tanyalah iman tentang apa yang telah kita lakukan. 


tiada kena mengena dengan story ini :)
Apa khabar orang tua kita pada hari ini? Sudahkah kita mengucup pipi dan tangan mereka serta memohon maaf kepada mereka? Ibu bapa adalah insan yang mengenali kita sejak dari kecil, mereka adalah individu yang rapat dengan kita walaupun kita semakin jauh daripada mereka sejak menginjak angka dewasa ini. Ibu bapa memang kuat berleter dan membebel, tapi semua yang mereka bisingkan itu adalah untuk kebaikan diri kita juga. Jangan cepat melatah dan marah apabila menerima teguran daripada mereka berdua. Terima semua itu dengan senyuman dan berfikirlah secara positif. Jangan sakitkan hati mereka sewaktu mereka sedang menghurai setiap leteran itu. Tiada ibu bapa yang tanpa segan silu menjadikan aktiviti marah anak-anak mereka sebagai hobi, mereka marah kerana bersebab. Satu hari yang pasti kita juga akan menjadi ibu bapa, insyaAllah. Jangan memberontak atau menarik muka semasa ibu dan bapa bising kepada anda, senyumlah sahaja dan berdoa di dalam hati "aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam". Ini adalah untuk menghindari perasaan marah. Terima setiap nasihat ibu bapa dan leteran mereka dengan keterbukaan yang maksimum, kerana apabila mereka sudah meninggal dunia nanti, tidak dapat lagi kita mendengar nasihat dan bebelan daripada mereka. Hargai masa yang ada bersama mereka ini dengan sebaik mungkin, kerana belum tentu kita dapat membalas jasa baik mereka sebelum mereka menerima panggilan Ilahi. Doakan kesejahteraan ibu bapa kita semoga dipanjangkan usia mereka berdua dalam beribadat kepada Allah s.w.t, kerana dalam 5 waktu sehari berdialog kepada Allah, ibu bapa kita sentiasa berdoa untuk kebaikan masa depan kita. Suatu masa nanti, apabila Allah mengambil nyawa ibu bapa kita, mereka tidak dapat lagi berdoa untuk diri kita. Terputus segala amalan mereka di dunia, mereka hanya membawa ilmu yang bermanfaat, harta yang disedekahkan dan doa anak-anak yang soleh. Jadilah anak-anak yang mendengar segala nasihat yang baik daripada ibu bapa tanpa bantahan yang boleh menguris perasaan hati mereka. 

Memang benar kita masih muda dan perasaan memberontak itu masih ada, tetapi cuba fikir sejenak, adakah perbuatan kita itu dapat meredakan kerisauan ibu bapa kita atau menambah kekusutan dalam kepala mereka? Mereka mahukan yang terbaik untuk diri kita, segala kesusahan dan masalah yang mereka alami kemungkinan kita tidak tahu, kerana mereka tidak mahu kita risau akan apa yang sedang mereka tempuhi. Segala kemudahan dan keinginan kita, sedia mereka penuhi dan turutkan, jadi janganlah kita balas dengan herdikan atau perkataan yang akan menyakitkan hati mereka. Bukan hanya dengan ibu bapa sahaja kita perlu berbuat sedemikian tetapi dengan nenek dan atuk juga, kita perlu lakukan perkara yang serupa. Atuk dan Nenek juga menjaga kita semasa masih kecil dan berikan kasih sayang yang lebih dominan berbanding saudara mara yang lain. 

Jagalah perasaan ibu dan bapa kita, jika ada kelapangan urutlah badan mereka, bahu, kaki atau tangan mereka semasa mempunyai masa santai dirumah. Perkara seperti ini boleh mengeratkan hubungan antara kita dengan mereka, jangan berasa malu. Perbuatan seperti itu tidak akan membuat kita menyesal sewaktu mengiringi jenazah mereka ke tanah perkuburan nanti. Walaupun keadaan fizikal mereka sihat dan masih tegap, tindakan yang kita lakukan itu adalah sebagai satu cara untuk kita mengeksperisikan rasa kasih sayang kita terhadap mereka. Perbuatan yang mudah itu mampu membuat setiap orang disekeliling kita berfikir dan menyanjungnya. Jangan kita menyesal dikemudian hari kerana buruk laku diri kita terhadap diri mereka yang membesarkan kita sejak dari bayi lagi.

Jadilah seorang anak yang sentiasa berfikir untuk kebaikan ibu dan bapa, serta bimbinglah adik beradik yang lain agar menjadi anak yang lebih baik daripada sebelum ini. Biar ibu bapa menangis kerana kebaikan kita terhadap mereka. Maaf saya juga manusia yang banyak kelemahan, namun tekad yang saya simpulkan adalah untuk terus berbakti kepada ibu bapa dan datuk saya selagi hayat mereka dikandung badan. Sekian terima kasih. Assalamualaikum :)

~phared shakur~

Thursday, April 18, 2013

cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera dihulurkan membuka bicara, salam ukhwah persahabatan menyinarkan mahabbah antara kita. Hari ini kita telah tiba ke hari Jumaat, iaitu Penghulu Segala Hari. Syukur Alhamdulillah kerana kita semua sentiasa mampu untuk mengurus masa dan sentiasa berkesempatan untuk membaca surah Hati Al-Quran iaitu Yaasin dan juga disambung dengan Surah Al-Kahfi. Jika kita mengingati Allah, Dia juga akan mengingati kita. Mantapkan cinta kepada Allah dan Rasulullah, insyaAllah anda akan berkeupayaan dalam menguruskan cinta sesama manusia. InsyaAllah. 

Bagaimana situasi cinta anda pada masa kini? Bahagia? Curiga? Banyak konflik? Atau terpendam di dalam hati? Semua insan ingin merasai nikmat cinta, rasa disayangi dan menyayangi. Cinta juga melibatkan jarak antara dua individu yang sedang mengalami perasaan indah tersebut. Terdapat pasangan yang jarak antara mereka adalah dekat tetapi sukar untuk berjumpa antara satu sama lain dan memakan masa bertahun untuk berjumpa serta keluar bersama. Perhubungan mereka sekadar melalui khidmat pesanan ringkas dan panggilan telefon. Terdapat juga pasangan yang jarak antara mereka adalah jauh, tetapi sentiasa ada kemudahan untuk berjumpa dan keluar bersama. Mereka mempunyai masa untuk berjumpa walaupun lokasi pusat belajar mereka atau rumah di antara mereka adalah jauh. Inilah dikatakan dugaan dalam perhubungan. Curiga terhadap pasangan anda adalah perlu, tetapi jangan secara berlebihan kerana ia boleh menjejaskan keharmonian hubungan anda dengan pasangan yang telah lama atau baru terbina. 

Apabila berjauhan pasti perasaan rindu menebal dan apa yang dilakukan seharian serba tidak kena, terutama apabila jarak memisahkan kalian dengan pasangan dan hanya kesetiaan dan kepercayaan yang menemani agar diri tidak berterusan merindui. Waktu tidur juga terbayang-bayang wajah si dia seolah sedang bercakap, menari dan sedang bermain gitar dengan lunak suara, membuatkan perasaan seseorang itu membuai terutama bagi yang sedang hangat bercinta sehingga emak di dapur panggil pun tidak diendahkan. Kata-kata indah yang pernah dilontarkan juga sering terngiang-ngiang di telinga dan nama seolah diseru oleh si dia yang berlegar di kotak minda. Sebelum ini tempat berjumpa menjadi lambang cinta apabila melihat saja tempat pernah berkasih mesti hati terus teringat kepadanya. Kini jarak yang memisahkan anda dengan pasangan, seorang di timur dan seorang lagi di barat. Maklumlah nak berjumpa memang mustahil, tambahan pula pasangan berada di luar negara menyambung pengajian.

Cinta jarak jauh banyak dialami kepada mereka yang sedang bekerja atau belajar yang berlainan tempat, lalu menyebabkan mereka susah untuk berjumpa bagi melepaskan rindu. Namun awas apabila berjumpa, jangan berlebih-lebih pula, mesti sentiasa ingat dosa dan pahala serta haram dan halal yang sentiasa berada di sekeliling kita. Kes cinta jarak jauh ini memang biasa terjadi dalam kalangan masyarakat kita, ada yang berkahwin dan hubungan kekal sehingga nafas terakhir. Namun ada juga yang putus di tengah jalan, kekasih dirampas pihak ketiga, cinta beralih arah dan memilih perpisahan sebagai jalan penyelesaian. Cinta jarak jauh menuntut kepercayaan yang tinggi dan kesetiaan haruslah ada dalam jiwa pasangan masing-masing kerana ia tidak mudah ditangani. Percaya kepada pasangan supaya tidak timbul isu cemburu buta apabila pasangan rapat dengan orang di sekelilingnya. Sebelum meneroka ke dunia yang lain tetapkan harapan terhadap cinta yang terbina agar hubungan itu kekal dan mempunyai batasan dalam berkawan supaya tidak berlaku pergaduhan di antara anda dan pasangan. Banyak kes perceraian dan putus cinta terjadi kerana tidak ada batasan dalam berkawan terutama apabila mempunyai pasangan yang kuat cemburu dan anda mestilah jujur dalam menjalinkan hubungan cinta ini dan tidak sesekali  menipu apabila kantoi curang , barulah sibuk memujuk si dia kembali, sesal pun sudah tidak berguna. 

Apabila anda dan pasangan berjauhan, jika terserempak dengan lelaki atau wanita yang lebih cantik, kacak dan baik, katakan kepada diri anda bahawa anda sudah mempunyai pasangan yang baik serta lelaki dan wanita tadi adalah kepunyaan orang lain. Jadikan ia sebagai amalan dalam perhubungan anda dan secara langsung ia dapat mengekalkan kesetiaan anda terhadap pasangan. InsyaAllah. Kebanyakkan orang yang memutuskan hubungan, menggunakan jarak sebagai alasan, padahal hati yang tidak kuat dalam menahan godaan orang lain. Ketika berjauhan juga air mata akan menjadi teman setia akibat rindu yang teramat sangat. Mereka yang bijak dalam berhubungan juga mengambil kesempatan apabila berjauhan untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati  kerana bila dekat memang payah hendak luahkan perasaan tetapi bila jauh pula, perasaan rindu itu mudah untuk diluahkan. Contohnya memberikan surat atau E-Mail dengan kata-kata puisi cinta dan mengimbas kembali nostalgia lama ketika mula-mula bercinta barulah kasih sayang yang dibina lebih kukuh.

Secara tuntasnya di sini, jarak bukan penghalang anda untuk berhubung tetapi cara dan kurang memahami pasangan masing-masing menjadi penyebab utama. Tidak ada apa yang perlu digusar andai berjauhan cuma perlu lebih berikan komited terhadap pasangan agar dapat membina sebuah perhubungan yang siaht dan berkekalan. Marilah kita bersama menumbuk dada kita dan tanya akan selera kita dalam menguruskan perhubungan cinta. wassalam :)

~phared shakur

Wednesday, April 17, 2013

note to houri

Fate control who walks into your life, but you decide who you let walk out and who you refuse to let go. True love starts somewhere, my love for you is like time. If you give it just one moment it will lost forever. All my love is now and forever, i LOVE you dear and love is much like a wild rose, beautiful and calm but willing to draw blood in its defense. When one door of happiness closes, another opens but often we look so long at the closed door that we do not see the one which has opened for us. I started loving you before I knew even half the reasons why I should. imagine how much I loving you now. From morning's first light to evening's last star, always remember how special you are. I may not say it often, but I want you to know that there's nothing more special to me in this world, than having you by my side. Always thinking of you. I'll always be beside you until the very end, wiping all your tears away, being your best friend. I'll smile when you smile and feel all the pain you do and if you cry a single tear, I promise I'll cry too.

~phared shakur~

BIG Phamily

Monday, April 15, 2013

Jerusalem

For many centuries Jerusalem was home to Muslims. Christians and Jews living in harmony and peacefully side-by-side. The seventh century Dome of the Rock is the place where Prophet Muhammad ascended to heaven to meet with Allah. It is the next to the Al-Aqsa mosque, the third holiest mosque in Islam. The Church of the Holy Sepulchre is perhaps the most sacred of the many Christian sites in the Old City. Jews pray at the Western Wall, believed to b part of Herod's Temple. As an international place for pilgrimage, Jerusalem was for centuries at the heart of Palestinian religious and social life for Muslims, Christians and Jews and the hub of the Palestinians economy. The future of Jerusalem is vital for the future of the state of Palestine. When the state of Israel was declared in 1948, the United Nations designated Jerusalem as an international zone, lying in the heart of the future intended Palestinian state. However in 1967, Israel occupied the West Bank, Gaza Strip and what remained of Jerusalem. This illegal annexation is not recognized by the international community but Israel defied UN Resolution 242 to withdraw from Jerusalem and the Occupied Territories. The European Union Missions Report 2005 states "Israel's main motivation is almost certainly demographic, to reduce the Palestinian population of Jerusalem, while exerting efforts to boost the number of Jewish Israelis living in the city". This is an apartheid policy to destroy the ethnic, cultural and religious diversity that Jerusalem has enjoyed in the past. Almost completed in Jerusalem, it is the most visible form of Israel's Apartheid inhumane acts of racism. Despite the UN Resolution of 2004, which called on Israel to dismantle the Wall, it cuts deep into Palestinian communities, expropriating their fertile lands and water resources and handing them to Israeli settlers colonizing the area. Palestinian towns and villages are being turned into disconnected ghettos subject to military incursions, total closures and arbitrary curfews. 

Sunday, April 14, 2013

mY name iS?

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua umat manusia yang beragama Islam. Salam sejahtera diucapkan kepada semua rakan-rakan dalam talian yang sentiasa aktif dalam menyelongkar ilmu maklumat di alam maya. Syukur alhamdulillah kita masih diberikan ruang untuk berkarya dan meminjam nafas di dunia yang bersifat sementara ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, anak adalah amanah kepada kedua-dua ibu bapa yang perlu dipelihara dan perlu diberi pendidikan sebaiknya supaya  menjadi insan berguna untuk agama, keluarga, bangsa dan negara. Islam agama yang syumul mengajar kita perkara sunat perlu dilakukan ketika lahirnya seorang bayi. Antara amalan sunat itu ialah azan dan iqamah, tahnik, menguruskan uri bayi yang baru lahir dengan betul dan memberikan nama yang baik kepada anak. Pemilihan nama yang elok dan baik kepada anak adalah perkara yang perlu diambil berat oleh ibu bapa. Tetapi apa yang berlaku pada zaman moden ini, nama juga turut menjadi moden. Nama yang dipilih kadang-kadang tidak ada maksud atau membawa maksud tidak baik. Contohnya, memberi nama hasil gabungan nama pasangan yang kemungkinan membawa maksud tidak elok, dan juga bunyi yang pelik.

Asyraft The Tukang Gigit

Islam menganjurkan kita memilih nama yang baik maknanya kerana nama akan memberi kesan kepada diri seseorang Muslim. Nabi Muhammad S.A.W amat menggalakkan kita menamakan anak dengan nama yang baik dan melarang daripada nama tercela dan boleh menjatuhkan kehormatan anak itu nanti.Nama yang dianjurkan Islam iaitu nama yang diambil daripada Asmaul Husna seperti Abdullah dan Abdul Rahman. Nama-nama yang paling disukai Allah s.w.t ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Jika nama Allah s.w.t yang dipilih mestilah dimulakan Abdul yang membawa maksud hamba. Kita juga digalakkan memilih nama-nama nabi. Selain itu nama para sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan ramai lagi, juga boleh dijadikan pilihan untuk nama anak. Mereka semua adalah antara orang yang dekat dengan Rasulullah s.a.w, ahli ibadah, teguh agamanya, sangat mencintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta bersungguh-sungguh  mempertahankan agama Islam. Untuk bayi perempuan pula, elok diberi nama daripada kalangan Ummatul Mukminin, bermaksud ibu kepada semua orang Mukmin iaitu isteri Rasulullah s.a.w seperti Khadijah, Aisyah dan Maimunah selain nama srikandi Islam seperti Fatimah, Maryam dan Sumayyah. 

Walaupun terdapat banyak nama indah dan elok maknanya yang dianjurkan Islam, malangnya ada segelintir masyarakat sekarang menganggap nama itu sebagai ketinggalan dan kolot. Mereka cenderung dan lebih selesa dengan nama artis terkenal atau nama orang barat. Persepsi ini adalah salah dan perlu dibubah. Terdapat juga nama yang dilarang diberi kepada anak yang boleh menjatuhkan maruah seperti Jahil yang bermaksud bodoh, Kilab bermaksud anjing dan Majunun yang membawa erti gila. Mungkin ada yang suka dengar sebutan nama itu tetapi maknanya amat memalukan yang empunya nama. Nama yang dimulakan dengan Abdul (hamba) dan diikuti selain nama Allah s.w.t seperti Abdul Uzzah (hamba berhala Uzzah), Abdul Kaabah (hamba Kaabah) dan sebagainya  adalah dilarang dan bercanggah  dengan akidah kita. Kita adalah hamba Allah dan tiada yang selain-Nya. 

Sebagai ibu bapa dan kepada bakal ibu bapa yang menanti kelahiran bayi mereka, anda perlu bertanggungjawab dan prihatin terhadap anak. Berhati-hati dalam memilih nama anak yang baru lahir dan dapatkanlah pandangan daripada ustaz, alim ulama atau mereka yang mahir dalam bahasa Arab untuk mendapatkan nama yang terbaik untuk anak-anak anda, kerana nama itu adalah satu doa daripada ibu bapa yang akan membentuk keperibadian akhlak mereka sehingga dewasa dan akhir hayat kelak. Semoga nama yang anda pilih itu akan membawa pengertian yang cukup besar dan memberi makna yang elok untuk anak-anak anda. 

Sekian untuk kali ini, bertemu lagi pada lembaran yang akan datang dengan perkongsian buah fikiran yang baru. InsyaAllah semuanya datang daripada Allah. Salam :)

~phared shakur~