Dear Prince..
tell it to my heart |
~phared shakur~
Dear Prince..
tell it to my heart |
Posted by PHARED SHAKUR at 12:09 AM 0 comments
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |
Posted by PHARED SHAKUR at 8:10 PM 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh penduduk siber yang berkeupayaan menjelajah ke medan madah saya ini. Pada kali ini saya akan berkongsikan sebuah puisi yang dicipta khas untuk pahlawan millenia negara yang berjuang di Lahad Datu, Sabah daripada terus dirobek penceroboh Kesultanan Sulu yang papa kedaulatannya. Puisi itu telah dideklamasikan sewaktu sambutan tahun ke-206 Polis di Pulapol. Ingin saya tegaskan di sini, bahawa puisi ini bukanlah ciptaan saya tetapi ia telah diterbitkan oleh sebuah akhbar tabloid tempatan. Saya hanya bertindak tanpa segan silu dengan berkongsi cetusan hati ini di dalam media baru saya. Sewaktu puisi ini diperdengarkan kepada khalayak umum, warga Polis dan masyarakat yang hadir berjujuran airmata jatuh membasahi pipi mengenangkan perjuangan kesatria negara yang telah terkorban. Ini adalah nukilan berdaulat yang saya mampu kongsikan.
Wahai isteriku, maafkan abang
Seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan
Jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.
Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acap kali ayah tiada di saat
anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.
Wahai mak dan abah,
Ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki,
Sesungguhnya mak dan abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna kepada negara.
Wahai ibu dan ayah mertuaku,
Maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah
menjadi balu sebelum usia.
Oh Malaysiaku!
Maafkan aku andai aku jujur di medan perang,
Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya..
Sekian untuk kali ini. Terimalah Kasih :)
Posted by PHARED SHAKUR at 6:10 PM 0 comments
Wish I told you how I feel, may you should be here right now but instead
As you looked at me without saying a word, something felt strange so I covered my ears
Because the lips that I saw with my eyes seemed to say let's break up
I pretend that I'm glad you went away, these four walls closing more everyday and I'm dying inside and nobody knows but me. Without knowing, the tears wet my feet again. I was so embarrassed, I hug my head. I said to my heart, please princess don't be like this, don't leave me. But i hide it from my tongue. Today for the first time, I curl up like a child in front of my Bathing Ape jacket
Why so Serious? |
Posted by PHARED SHAKUR at 9:04 PM 0 comments
Take my hand and walk with me
I'll take her, I feel like dying
I'm going to die, waiting for you two to break up
I need to say this one statement to you who has everything in this world
Let's start off with an introduction, what's up man my name is PHARED SHAKUR
I came to find my true LOVE, you know what it was hard to find my LOVE
Posted by PHARED SHAKUR at 12:48 AM 0 comments
Hai semua!! Jiwa saya masih lagi berantakan untuk menerjah ruangan media ini. Jemari saya tetap ligat menaip setiap perkataan dan struktur ayat yang dijana oleh minda saya yang usang ini. Pada kali ini bukan luahan hati yang ingin dicoretkan tetapi perkongsian ilmu perdana yang terdapat di dunia ini. Mungkin ada di antara kita yang sudah mengetahuinya, tetapi tidak kurang juga yang masih belum mengetahui. Generasi pada hari ini adalah kelompok manusia yang mempunyai kuku maklumat yang celik dalam lapangan carian enjin ilmu, dan minda mereka juga sentiasa bekerja untuk meneroka setiap cabang pengetahuan yang mereka inginkan. Jika lelaki dikurniakn 9 akal, wanita pula diberikan 9 nafsu. Tetapi bagaimana pula dengan kategori lelaki dan wanita yang wujud di dunia ini? Personaliti, perwatakan dan minat kaum Adam ini adalah berbeza setiap seorang, tetapi yang jelas pada pandangan kita adalah, sifat wanita sentiasa bertentangan dengan kaum lelaki yang sentiasa diangkat sebagai pemimpin. Pada kali ini, mari kita teroka dan fahami serba sedikit tentang kategori insan yang bernama lelaki @ anak jantan.
1. HETEROSEKSUAL
Heteroseksual merupakan jenis lelaki yang mendominasi peratusan lelaki seantero dunia. Lelaki dalam kategori ini mempunyai minat yang normal iaitu pada jantina yang berbeza iaitu wanita. Dari segi penampilan, lelaki heteroseksual digambarkan sebagai tidak cerewet, hanya memakai pakaian mengikut rutin serta hanya segelintir lelaki daripada kategori ini yang mementingkan penjagaan diri dari atas ke bawah. Lelaki heteroseksual juga mengamalkan rutin hidup dengan cara yang betul dengan tidak melakukan hubungan seks songsang.
2. METROSEKSUAL
Posted by PHARED SHAKUR at 7:37 PM 0 comments
Assalamualaikum dan salam permuafakatan dilontarkan. Alhamdulillah kerajinan dalam diri untuk mengemas kini aktiviti dalam ruangan blog semakin bertambah, tetapi ini mungkin hanya bersifat sementara. Tetapi harapan yang sentiasa dipupuk dan diusahakan adalah menjauhi rasa malas serta sentiasa meningkatkan tahap kerajinan. Perkara ini bukanlah tertumpu kepada diri saya seorang tetapi juga adalah keinginan setiap individu yang ingin berjaya di dunia ini dan saya yakin, anda di luar sana juga berfikiran begitu. In Shaa Allah.
9 Mac adalah tanggal dalam kalendar yang akan muncul pada setiap tahun. Mungkin juga pada tarikh tersebut, ada diantara kita yang akan menyambut hari bahagia seperti hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya. Kisah saya pada detik 9 Mac bukanlah perkara yang mengembirakan tetapi perlu diterima dengan redha kerana ketentuan Ilahi yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Pada tanggal 9 Mac 2012 hari Jumaat, saya telah kehilangan seorang rakan karib semenjak dari kecil hingga ke hari dewasa ini. Beliau pergi meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya. Fauzan bin Mohamed adalah insan bongsu dalam keluarga sama seperti saya,telah terlibat dalam kemalangan motosikal di kilometer 138 lebuh raya utara-selatan berhampiran hentian rehat Pagoh. Kehilangan beliau amat dirasai oleh saya dan menyentap semangat saya untuk hampir setahun. Kami berkawan sejak dari kecil dan hubungan ini sudah seperti adik-beradik. Namun Allah lebih menyayangi beliau. 2 minggu sebelum itu kami sempat meluangkan masa dengan pergi memancing bersama-sama dan mendapat ikan yang besar. Masa yang kami luangkan itu sangat girang dan pelbagai kisah kami kongsikan kerana sudah lama tidak bertemu kerana komitmen terhadap pelajaran. Beliau juga kenal ibu bapa saya dan kerap berbual dengan mak saya. Sewaktu berita kematian beliau diberitahu, ibu saya menangis seperti kehilangan anak kandung, begitu juga ayah saya, tapi inilah rancangan Allah yang tidak akan dapat kita duga. Sewaktu bertemu bermacam-macam perkara yang telah kami rancang untuk luang cuti bersama, seperti menghadiri majlis perkahwinan rakan kami di Terengganu pada bulan Mei, bercuti di pulau dan membuat barbecue. Pada bulan Januari sebelum itu kami menyambut hari lahir 'girlfriend' beliau, pelbagai makanan yang dijamu dan semua itu adalah modal arwah Fauzan. Beliau sangat baik dengan saya dan menjaga saya sehinggalah ke peringkat universiti walaupun berbeza lokasi. Orang lain mungkin melihat beliau seorang yang bengis dan kasar, tetapi beliau baik. Hanya mereka yang kenal dan rapat dengan beliau akan tahu perangai beliau yang sebenar. Luaran tidak akan dapat mengambarkan sifat seseorang itu yang sebenar.
Saya dan arwah kerap luangkan masa dengan bermain badminton bersama-sama, kerana kami biasa berpasangan untuk beregu. Kami sudah arif dengan cara permainan masing-masing, sehingga kami mampu mendapat tempat ke-4 untuk acara beregu badminton peringkat sekolah di daerah kami. Hanya kami berdua sahaja peserta Melayu yang mampu sampai ke peringkat separuh akhir. Kami berdua akui lebih selesa berganding berdua sewaktu bermain badminton, walaupun bermain dengan rakan-rakan yang lain. Mungkin keserasian ini telah terjalin semenjak kami kecil lagi. Kini semuanya sudah berubah, dan raket dirumah saya sudah lama tidak dihayun. Selepas kematian arwah, saya tidak lagi bermain badminton, kerana sedih dan belum cukup semangat untuk bermain lagi. Saya perlukan sedikit masa lagi untuk bermain semula dengan rakan-rakan yang lain. Saya redha dengan ketentuan Ilahi dan walaupun dia sudah tiada, setiap hari saya sentiasa teringatkan arwah dan setiap waktu saya akan mendoakan kesejahteraan arwah di SANA. Saya yakin setiap yang hidup akan merasai mati, dan mungkin tidak lama lagi ajal saya pula yang akan menjelma. Ini semua adalah takdir Allah. Hargai masa yang anda miliki dengan mereka yang tersayang sebelum mereka pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Sampai di sini sahaja coretan saya pada kali ini.
Saya akan sentiasa merindui Fauzan bin Mohamed; Al-Fatihah
Posted by PHARED SHAKUR at 11:58 PM 0 comments
Posted by PHARED SHAKUR at 8:53 PM 0 comments
Posted by PHARED SHAKUR at 5:59 PM 0 comments
Assalamualaikum dan salam jalinan ukhwah antara manusia serta sahabat. Mengambil masa yang lama untuk saya mengemas kini halaman diari siber ini setelah kali terakhir merangka tulisan pada Aidilfitri yang lalu. Sudah bersawang dan berkarat atmosfera di ruangan ini. Di kala petang menjengah dan kelapangan waktu mengheret minda untuk berkarya, saya meringankan jemari untuk kembali menyusun kata berdialog dengan diri sendiri serta dikongsikan di dalam kotak media ini. Tajuk yang saya usulkan adalah kombinasi nombor dan juga bulan. untuk pengetahuan minoriti yang mengetahui rangkaian saya ini, 15 FebruarY adalah bulan serta tarikh kelahiran saya di dunia ini, namun tahun sebenar kelahiran saya, saya rahsiakan. Saya bukanlah orang tua tetapi yang pasti saban tahun, angka usia saya akan menghampiri hari tua.
Posted by PHARED SHAKUR at 1:28 AM 0 comments